Semua penulis akan mati.Hanya karyanya yang akan terus abadi.Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti. (Saidina Ali bin Abi Talib)
Sunday, 21 June 2020
Wednesday, 17 June 2020
Tuesday, 16 June 2020
Monday, 15 June 2020
Khalish tertidur
Gambar ni ibu snap selepas abang long tertidur. Sebab kalau tak, memang tak dapat ibu nak tengok fon ibu sebab Khalish busy dengan youtube dan game.
Anak soleh ibu waktu ni tengah tahan daripada nak buang air besar. Khalish nak "uk uk" tapi tahan.
Sebab tak nak ibu tengok dan paksa abang long buang air besar, jadi lebih selamat kalau
sembunyi belakang kerusi sambil main fon.. Hikhik. Tapi ibu dah tahu taktik abang long sebenarnya.
Waktu ni ibu biarkan sekejap sebab Yusuf tak tidur lagi. Tapi last-last abang long tertidur belum sempat uk uk.
Hurmmm...Sayang...lain kali jangan tahan tau kalau nak "uk uk". Kena pergi terus toilet.
Jangan tunggu ea. Tak elok sayang...Muahh!
Yusuf 7 bulan
Assalamualaikum anak bijak ibu Yusuf.
Ololooo..Hnadsomenya anak soleh ibu. Waktu ni Yusuf dah genap 7 bulan. Alhamdulillah...
membesar dengan sihat anak ibu.
Yusuf baru selesai mandi. Ibu tengah bersiap nak suap Yusuf makan.
Biasanya makan dekat dengan peti ais sebab yusuf nak main bunga lekat di peti.
Ni dia bunga yang Yusuf suka main tu.
Ibu lekatkan, Yusuf ambik jatuhkan. Lepas tu ibu lekatkan semula. Macam tu la sampai Yusuf habis makan. Ada banyak lagi gambar yang ibu nak share untuk Yusuf. Untuk tatapan anak soleh ibu yang berjaya di dunia akhirat....Love you sayang... Muahhh!
Khalish's hobby (Selfie)
Ni la perkara yang abang long suka buat waktu naik kereta. Pakai cermin mata ibu
dan selfie. Tak kira la fon abi ke fon ibu, memang akan penuh gambar abang long selfie.
Ibu ada belikan cermin mata untuk anak soleh ibu dah. Cuma abang long tak pakai lagi.
Nanti pakai kita selfie ye. Mesti comel. :D...
Nanti ibu akan postkan gambar abang long bercermin mata baru. InsyaAllah.
Nanti abang long cari tau post ibu tu.;)
love you so much honey...
Abi dan Khalish suka pizza
Assalamualaikum abi, khalish dan yusuf. Apa khabar?
Ibu doakan suami serta anak-anak ibu yang tercinta senantiasa sihat dan dilindungi Allah S.W.T..Aminn...
Hari ni ibu kongsikan gambar dominos. Ni abi punya favorite. Khalishpun selalu request pizza.
Nampak mcm suka sangatkan. tapi bila sampai pizza tak makanpun. Hukhuk.
Khalish suka chicken nugget tu.
Yusuf tak makan lagi sebab baru 6 bulan waktu ni. Jadi ibu yang makan banyak. Ehh..Abi yang
over makan. Hekhek. Favorite ibu peha ayam tu. ;)
So sedappp... Besar nanti Yusuf rasa pulak ye.
Muahh...ibu sayang abi dan anak-anak soleh ibu.

























































