Semua penulis akan mati.Hanya karyanya yang akan terus abadi.Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti. (Saidina Ali bin Abi Talib)
Tuesday, 31 December 2019
Monday, 30 December 2019
Happy birthday hubby
Selamat hari lahir suamiku.
Semoga Allah mengampunkan semua dosamu dan semoga Allah permudahkan
urusanmu di dunia dan akhirat.
Memandangkan 14/11/19 isterimu masih berada di kampung, jadi terpaksa tunda sambutan
birthday ini ke 29/12/19. Tak apa laa.. Asalkan mucyuk ingat birthday baby ye ;)
LOVE U SO MUCH.
Sunday, 29 December 2019
Keluargaku
(Nik saja yang tak ada dalam gambar ni. Sakit perut. Dok membuang. Hahaha)
Kata orang keluarga itu tunjang bahagia. Biarpun rumpunnya kecil, masih mampu
mencorak cinta.
Ini keluargaku. Penuh dengan kasih dan sayang. Kamilah keluarga, kami juga kawan.
Dalam keluarga, kami kongsi semua. Tentang rasa, tentang rahsia.
Kami hidup bagai satu tubuh. Walau banyak jiwa.
Kerana kami keluarga.
Tiada galang gantinya.
Thursday, 26 December 2019
Rumah itu Syurga dunia
Kata orang rumah itu syurga dunia. Sebab di situ ada orang-orang yang kita sayang.
Ibu bapa dan keluarga kita. Tempat di mana kita akan berasa tenang.
Gembira bila bersama mereka.
Tempat di mana kita bergelak tawa bersama.
Main, makan, berkongsi rahsia suka duka.
Tiada tempat setanding rumah.
Pastinya dirindu.
Berkumpul di rumah Mok Ngoh
(Yusuf dan Zafirah mandi kolam buat pertama kalinya. Ibu doakan Yusuf dan juga Zafirah
jadi anak yang baik. Amin)
Gambar ni di ambil waktu kita semua berkumpul di rumah baru mok ngoh.
Mok ngoh beli kondo. Semua datang nak tengok. Seronok bila dapat berkumpul.
Rasa macam nak sambut raya. Time raya je la biasanya dapat berkumpul macam ni.
Ada masa kita jumpa lagi ye. InsyaAllah...




































































