بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 21 May 2012

Freedom


Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call
And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us



 

Sunday, 20 May 2012

You are the chosen one

The Chosen One lyrics

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Saturday, 19 May 2012

The WINNER

WE ARE THE WINNER

Assalamualaikum w.b.t...
hari ni terasa pula nak menulis tentang kemenangan kita yang kadangkala kita sendiri tidak sedari. Sejak kita di dalam rahim ibu lagi kita merupakan pemenang. Kita merupakan sperma yang terpilih untuk menakluki dan mendiami rahim ibu. Antara ribuan sperma yang berpusu-pusu cuba mencari ruang untuk memasuki rahim ibu, kita yang mampu menemuinya. Kita yang mampu mencarinya. Kita yang mampu menembusinya. Kita pemenang.

Namun hari ini, kita mula berputus-asa. Sudah tidak mahu bersemangat untuk sedaya-upaya menggapai apa yang kita mahukan. Namun, ketika ini kita lebih memilih untuk menyerah hanya kepada takdir. Sedangkan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, jika mereka sendiri tidak mahu mengubah nasib mereka.

Berusaha, berusaha dan terus berusaha. Jangan patah semangat. Kita mampu. Kita mampu merealisasikan impian kita. Asalkan kita berusaha untuk memilikinya. InsyaAllah. Carilah semula kekuatan jiwa kita. Cari semula semangat kental kita. Kembali seperti sebelumnya. Kenali Tuhan, dekati Tuhan, Sayangi Tuhan. Jika kita terus berusaha dan sentiasa dekat kepadanya, kita tidak akan rebah dan mengalah. Percayalah...

Jika hari ini, esok dan hari-hari yang akan mendatang, kita tidak pernah menyerah dan sentiasa kuat, kita akan tetap menjadi pemenang. Walaupun kita pemenang untuk kepuasan hati kita sendiri..:)


Luka sang pungut merindui bulan


Lukanya bila penantian itu tidak kesampaian...
letihnya bila kerinduan itu menghimpit jiwa membuahkan keperitan...
Pasrahnya hati bila impian diselimuti kabus 

Begitulah rasa hati kita, apabila sesuatu yang kita inginkan tidak kesampaian. 
Sedih, kecewa dan terluka bergabung mengaitkan rasa yang lemah.
Menanti sesuatu yang belum pasti bagaikan sang pungut yang merindui bulan.
Berkehendakkan sang bulan yang terlalu jauh darinya.

Namun, pernahkan kita terfikir, kalaupun sang pungut tidak mampu berdamping dengan sang bulan, namun sekurang-kurangnya cahayanya masih mampu menghilangkan kerinduan sang pungut.
Begitu jugalah dengan kita, Kadangkala kita mengimpikan sesuatu yang kita sendiri rasakan ia mustahil. namun, bersyukurlah, sekurang-kurangnya kita tahu, kita telah cuba untuk mendapatkannya. Selebihnya kita serahkan pada takdir Tuhan. Dia maha mengetahui impian dan keinginan kita sebenar-benarnya. 

Kalau Tuhan tidak memakbulkan lagi impian kita sekarang, mungkin Tuhan akan memakbulkan impian kita kemudian. Siapa yang tahu. Ketentuan Tuhan itu penuh dengan makna tersirat.Namun wahai hati, jangan bersedih sekiranya Allah tidak memakbulkan impian kita. Kerana Tuhan itu maha tahu apa yang berhak untuk kita nikmati. 

Bersabarlah. Pujuklah hati dengan redha. Rawatlah hati dengan pasrah. Teguhkan hati dengan menyerahkan ketentuan dan ketetapan hanya kepada Allah. Menyerah setelah berusaha tidak salah, Menyerah setelah berusaha itu Tawakkal.

Basuhlah hati kita dengan tawakkal. InsyaAllah, keredhaan Allah berpihak kepada kita. :)

Wednesday, 16 May 2012

Diariku, Hawa. Buatmu Adam

Ya Allah, jadikanlah kami wanita yang baik akhlaknya, kaya budi pekertinya, rendah hatinya dan terdidik imannya. Temukanlah kami dengan insan yang juga baik budinya, bijak bimbingannya, penyayang nalurinya, kerana kami tahu, kami wanita tempat bersandar kami adalah pada suami. Maka Kau berikanlah insan yang kukuh sandarannya buat kami menuju ke arah cintaMu yang kekal abadi. Amin









-Imam Hasan Al-Basri-

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.."










Mengintai dari kejauhan (kerana aku wanita)



Seperti lelaki, wanita juga punya hati dan rasa.
Rasa untuk menyintai dan dicintai, rasa untuk menyayangi dan disayangi.
Namun, kebanyakkan wanita sebenarnya malu untuk meluahkan rasa hati mereka yang terpendam buat pria idaman mereka.
Wanita tidak akan mengambil tindakan yang pada mereka tidak masuk akal untuk perigi mencari timba.
Namun sebenarnya tidaklah salah untuk timba mencari perigi.

Namun kebanyakkan kami wanita, hanya memendam rasa cinta yang hadir dalam diam. Namun kadang-kadang kami kongsikan rasa kami dengan individu yang dirasakan mampu menjaga rahsia perasaan kami.
Wanita kadangkala perlu ada egonya, perlu ada nilainya. Kami tidak boleh sewenang-wenangnya menyebut kalimah cinta pada seseorang lelaki. Tidak akan mungkin bagi kami untuk melafazkannya terlebih dahulu.

Oleh kerana sifat ego dan bernilai inilah yang menyebabkan kami mengintai dari kejauhan.

"Hari ni dia pakai baju warna apa ye?"
"Hari ni dia nampak menarik."
"Kenapalah dia tidak tahu apa yang aku rasakan. Kan elok kalau perasaan ini diketahui olehnya."
"Orang kata rindu takkan terjadi tanpa dua hati. Rindukah dia padaku?"

Hurmmm..Macam-macamlah persoalan yang timbul dalam minda wanita. Namun, bagi wanita sudah menjadi kepuasan buat mereka kiranya dapat melihat dengan hujung mata sahaja adam idaman mereka. Dalam hati.

"Moga dipertemukan. Jika benar dia jodohku, dekatkan dan satukan hati kami. Jika dia bukan suratanku, jauhkan perasaan ini."

Itu sahajalah doa kami sebagai wanita. Kami tidak mampu meluahkan kata. Namun kami mampu meluahkan rasa. Bukan pada Adam pilihan, namun hanya pada Allah. Bagi kami wanita. Biarlah kami menyintai dari kejauhan. Jika benar mereka untuk kami, insyaAllah kami akan bersua di dalam satu ikatan yang sah...;)

Sekali lagi


menyerah tak semestinya mengalah, kadangkala kita menyerah untuk mencari kebaikan dan memberi ruang untuk insan lain memulakan langkah.
menyerah tak semestinya kalah, kerana kita sebenarnya memberi ruang untuk insan lain berubah.
menyerah tak semestinya kalah, kadangkala kita memikirkan ia lebih baik jika tidak mengundang persengketaan. Itulah perkataan menyerah bagi insan yang kuat.

Kadangkala, dalam hidup ini, kita lebih merasakan bahawa perasaan insan lain perlu diutamakan berbanding perasaan sendiri. Kadangkala kita sembunyikan apa yang kita rasa demi melihat kebahagiaan insan lain. Kita sakit, terlalu sakit. namun pada masa yang sama Allah hadiahkan sebuah kemanisan dalam hati buat kita tanpa kita sedari. Kita sakit namun kita masih mampu tersenyum.
 Kita sakit namun kita masih mampu untuk terus ketawa menyembunyikan resah di jiwa..

KUATKAN KITA?? ^___^

Sememangnya kita kuat. Allah lahirkan kita dengan kecekalan hati. Kita insan yang dipilih untuk diuji dengan ujian yang datangnya dengan pelbagai bentuk. Namun, puluhan dugaan itu kita mampu tepis dengan ratusan kekuatan rohani dan jiwa yang kental. 

HEBATKAN KITA?? ^___^

Jika suatu hari kita terjatuh, bangkit dan senyumlah..
jika suatu masa nanti kita rebah, bangun dan kuatkan semangat.
jika suatu hari nanti kita merasakan bahawa kita tidak mampu untuk melalui cabaran itu,

katakan pada hati,
"Izinkan sekali lagi buatku untuk terus kuat."

Anda insan terpilih. Kita ada Tuhan, kita ada Tuhan, kita punya Tuhan...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...