huahuahua....bahagia tak nampak depa?
ni la keluarga Nyonya Rokiah.
ia merupakan satu lakonan yang perlu kami buat untuk assingment Interpersonal Communication.
opss, nape saya tak ada dalam gambar tu???
sebabnya dalam cerita ni saya memegang watak orang gaji and sebagai pencerita...
ni pun satu kenangan buat saya selama saya belajar di Universiti Malaysia Sarawak..:)
cyg sume2...:) i will miss that moment forever.
Tajuk:
selepas
tamat belajar, ibu bapa anda ingin mengahwinkan anda dengan seorang pemuda
pilihan mereka, iaitu anak sahabat bapa mereka yang juga seorang duda. Dalam
masa yang sama, mereka juga berhasrat untuk mengadakan dua perkahwinan serentak
memandangkan kakak anda telah dua tahun bertunang. Namun, anda tidak bersetuju
kerana telah mempunyai pilihan sendiri, dan berasa terlalu awal untuk
berkahwin. Ibu bapa dan kakak anda berasa sangat kecewa dan marah dengan
keputusan anda. Bagaimanakah anda berhadapan dengan situasi ini.
Skrip
bertajuk: Aku terima nikahnya
Watak
dan Perwatakan:
1. Azizah:
(Nurul Sajadatul izzat binti Mohd Zubir)
·
Seorang yang baru sahaja bergraduat.
·
Dipaksa berkahwin dengan seorang duda
beranak dua, pilihan ibunya.
·
Mempunyai seorang kekasih bernama
Ramlee.
2. Ramlee:
·
Seorang doktor.
·
Buah hati Azizah.
3. Nyonya
Rokiah: (Amira Syafinaz binti Syafie)
·
Ibu kepada Azizah dan Chombi.
·
Seorang yang tegas, tetap pendirian,
materialistik.
4. Abdul
Wahid: (
·
Bapa Azizah dan Chombi.
·
Seorang yang penyabar,bertoleransi dan
bertimbang rasa.
5. Chombi:
(Nur Syahirah binti Md Saad)
·
Kakak kepada Azizah.
·
Bakal melangsungkan perkahwinan pada
tarikh yang sama dengan Azizah.
6. Jenab:
(Che Haslinda binti Daraman)
·
Pencerita.
·
Orang gaji yang glamor kepada keluarga
Nyonya Rokiah.
Babak
1:
Lokasi: Rumah sewa Azizah
Azizah sedang mempersiapkan diri (make-up,
meletakkan mascara pada mata dan juga memakai lipstik). Tiba-tiba, telefon
berdering mendendangkan lagu allahyarhamah Saloma (Bossanova).
Perbualan melalui telefon bersama kakaknya.
Azizah: Hello. Assalamualaikum. Ada apa kau telefon
aku pagi-pagi ini. Mimpi ya?
Chombi:Waalaikumussalam. Bukan aku yang mimpi.
Nyonya Rokiah yang bermimpi disuruhnya aku telefon kau.
Azizah: Apa? Kenapa? (Cemas)
Chombi: Akupun tidak tahu Azizah. Aku Cuma
menyampaikan sahaja. Ibu arahkan anak-anaknya berkumpul di rumah malam esok.
Wajib katanya.
Azizah: Apa? Wajib? (Termenung sambil bermonolog,
“Macam mana mahu dating, mahu diskusi
pula? Tangguhkan sahajalah. Tidak mahu
aku menjadi anak durhaka.” Mengeluh.)
Chombi: Kau dengar tak ni Azizah?
Azizah: Iya, aku dengar. Baiklah kalau begitu. Besok
aku pulang ke rumah. Kakak, aku harus pergi sekarang. Nanti terlewat aku ke
pejabat. Kita jumpa malam besok ya. Assalamualaikum. (Talian diputuskan. Azizah
membuka pintu. Bergegas untuk ke tempat kerja.)
Babak
2
Lokasi : Rumah keluarga Azizah
Satu perbincangan telah diadakan oleh keluarga
Nyonya Rokiah. Perbincangan ini lebih kepada menyampaikan rancangan Nyonya
Rokiah yang mahu mengahwinkan anaknya, Azizah dengan lelaki pilihannya pada
hari yang sama dengan pernikahan kakanya, Chombi.
Nyonya Rokiah mundar-mandir sebelum memulakan kata
sambil anak-anaknya berpandangan sesama sendiri dan tertanya-tanya.
Nyonya Rokiah : Nampaknya sudah cukup semua bala
tentera ibu. Bagus.
( Tersenyum kepuasan sambil
mengangguk-angguk.)
Bapak :Rokiah… ( Lembut.)
Nyonya Rokiah memandang tepat suaminya lalu
menyedari kekasarannya semasa berkata-kata.
Chombi : Apa yang perlu kita bincangkan ini ibu,
nampaknya macam sangat penting sahaja ibu.
Bapak : Sebenarnya hal …….
(Di celah oleh ibu.)
Nyonya Rokiah : Memang penting dan ibu harap apa
yang akan ibu perkatakan ini disetujui oleh semua. (Tegas.)
Azizah : Apa halnya ibu?
(Tertanya-tanya.)
Nyonya Rokiah : (Sambil mengelilingi keluarganya.)
Memandangkan Azizah sudah tamat pengajian,
sudah tiba masanya untuk kau menikah dengan pilihan ibu.
Azizah : apa? (Terkejut lalu berdiri.)
Nyonya Rokiah : ( Sambil menggerakkan jari
telunjuk.)
Kau tidak boleh membantah keputusan
ibu. Keputusan ibu adalah muktamat.
Kau perlu menikahi Jeffry.
(Menunjukkan gambar Jeffry kepada Azizah.)
Kau tengok ini, Jeffry bukan sahaja tampan,
malah berkerjaya. Untung badan kalau kau dapat menikahinya.
(Mengambil
gambar daripada ibunya. Dia bermonolog sendiri. Di mana bahagian yang
tampan ibu katakana. Nampak biasa-biasa saja. Tak seiras pun sama Adi
Putra.)
Azizah : ibu…
Azizah tidak mahu. Azizah tidak kenal pun
sama dia.
Nyonya Rokiah : Kau jangan merepek. Dia tu
anak orang berada. Dia bersahabat baik dengan
ibu dan bapak. Aku sudah
aturkan semuanya. 2 minggu sahaja lagi kau akan bernikah. Kau
mesti turutinya. Tidak pernah pun ada keturunanku yang memalukan aku.
Chombi : (Bangun
dan menghampiri Azizah. Memandang
Aziah
dengan
pandangan yang tajam.)
Azizah, kau dengarlah cakap ibu. Apa kau
mahu jadi anak durhaka?
Nyonya Rokiah : Betul apa
yang dikatakan oleh kakak kau. Apa kau mahu menjadi anak
yang tidak mengenang budi?
Bapak : Rokiah… Awak janganlah ikutkan
sangat perasaan awak tu, anak kita dah besar panjang,
dah boleh buat keputusan sendiri.
Nyonya Rokiah : Itulah awak, ikutkan sangat anak
awak tu. Awak kena ingat, kita nikah pun atas pilihan keluarga, tengok bahagia ke
tak hidup kita sekarang?
Bapak : Awak kena fikir, zaman kita dengan zaman
sekarang berbeza.
Nyonya Rokiah : Awak lelaki, apa yang awak tahu,
saya yang mengandungkan mereka. Jadi saya tahu apa yang terbaik untuk mereka.
Bapak : Owhhh, anak awak saja la. Bukan anak saya
la. Suka hati awak la.
(Berkata dengan marah
lalu meninggalkan isteri dan anak-anaknya.)
Babak
3
Lokasi: Di taman bunga.
Pertemuan antara Azizah dan buah hatinya, Ramlee di
taman bunga.
Azizah : ( Sambil menguak-nguak air dengan wajah
yang sedih dan kecewa.)
Itulah kanda, sudah berapa kali adinda
bilang, jumpa sama orang tua adinda tapi …
Ramlee : ( Sambil mendekati dan duduk bersebelahan
Azizah.)
Adinda ku sayang, bukannya kekanda tidak mahu
berjumpa sama orang tua adinda tapi kekanda mencari waktu yang sesuai untuk kekanda betul-betul
bersedia.
Azizah : ( Bangun berdiri dengan wajah yang masam.)
Masa…masa…masa… itu sahaja kanda.
Ramlee : Kenapa adinda tidak memahami keadaan kanda?
Kenapa pula adinda tidak menolak perjodohan itu sekiranya adinda benar-benar
mencintai kekanda? Nampaknya, adinda lebih memilih untuk menyerah daripada
mempertahankan cinta kita.
( Sambil meraup wajah.)
Azizah : Tidak kanda. Bukan adinda yang menyerah
tetapi kanda yang tidak pernah berjuang. Adinda sudah lelah kanda, kalau begini
caranya, lepaskanlah adinda.
(Dengan wajah yang sedih.)
Ramlee : Adinda... (Terkedu seakan tangan mahu
menyentuh bahu Azizah.)
Azizah : ( Berlalu pergi dengan perlahan.)
Ramlee : (Terduduk sambil berkata.)
Bagaimana adinda tahu kanda tidak pernah
berjuang Azizah.
Babak
4
Lokasi: Rumah keluarga Nyonya Rokiah.
Perjumpaan kali kedua oleh keluarga Nyonya Rokiah,
bagi mencapai kata sepakat.Perbicangan itu juga turut disertai oleh Ramlee.
Nyonya Rokiah : ~Ayat dalam filem ibu mertuaku~
Apa kerja kau? Lawyer, majistret?
Ramlee : Saya kerja biasa sahaja ibu, tapi saya
yakin saya dapat menjaga Azizah sebagaimana ibu menjaganya.
Nyonya Rokiah : Ibu? Pandai-pandainya kau memanggil
aku ibu? Aku bukan ibumu!
( Dengan suara yang nyaring.)
Bapak : Kau yakin kau benar-benar mahu menikahi
Azizah? Kau benar-benar mencintainya?
Ramlee : Saya yakin bapak. Saya sangat mencintainya.
Nyonya Rokiah: Mudahnya kau berkata-kata. Bibir
memang mudah menuturkan kata, tapi apa yang ada di bibir kau tu apakah sama
seperti yang kau rasa?
( Dengan tegas berkata-kata.)
Ramlee : Ibu, kalau kita dapat rasakan apa yang kita
rasa, kita pasti akan rasa apa yang kita rasa.
Nyonya Rokiah: Cinta sahaja tidak boleh kasi anak
aku makan, wang itu penting, kalau kerjanya tidak besar, gajinya tidak lumayan,
kau jangan bermimpi untuk menikahi anakku.
( Sambil membelakangi Ramlee.)
Combie : Ibu, gaji seorang doktor cukup untuk kenyangkan perut Azizah. Ibu, tidak perlulah risau untuk hal yang satu itu.
Nyonya Azizah : ( Terkejut lalu berpaling semula ke
arah Ramlee. Ibunya memandang lama wajah Ramlee.)
Jadi, kau seorang doktor? Baik, kau boleh
menikahi anakku sekiranya kau mahu patuhi syaratku.
Ramlee : Katakan sahaja apa syaratnya ibu. Saya
sanggup lakukan apa sahaja demi Azizah.
(Dengan
bersungguh-sungguh.)
Ayah :
Kau sanggup menikahi Azizah dalam tempoh yang ditetapkan. Tarikh yang sama dengan kakaknya, dua miggu
dari sekarang.
Ramlee :
Saya sanggup bapak asalkan saya dapat hidup bersama Azizah.
Nyonya Rokiah : Jadi, kau yakin kau brnar-benar
setuju mahu menikahi anakku?
Ramlee : Iya, aku terima nikahnya Azizah binti
Abdul Wahid.
( Sambil tersenyum gembira memandang
Azizah.)
Babak
5
Lokasi di rumah keluarga Nyonya Rokiah.
Masukknya seorang pencerita yang juga orang gaji
kepada keluarga Nyonya Rokiah. Dia berperanan dalam menerangkan jenis konflik
iaitu konflik kesepakatan “aku menang aku kalah, kau menang kau kalah.”
Pencerita: Hurmm. Akhirnya dapat juga si Azizah
mempertahankan cintanya . Tetapi bagaimana pula dengan pilihan Nyonya Rokiah?
Setelah kecewa, Jeffry akhirnya membawa hati yang luka ke perkampungan kecil
iaitu di kampung Pening Lalat. Setelah aku salami sedalam-dalamnya cerita ini,
ia rupanya mempunyai perkaitan dengan bab konflik dalaman dan bagaimana menguruskan konflik yang timbul.
Konflik merupakan keputusan yang tidak mencapai persetujuan di antara dua
pihak. Hal ini kerana perkelahian dalam mempertahankan keputusan masing-masing.
Jalan penyelesaian bagi konflik dalam cerita ini adalah berpaksikan jenis
konflik kesepakatan iaitu “aku menang, aku kalah. Kau menang, kau kalah.” Ia
untuk mengekalkan keamanan dalam sesebuah perhubungan. Bagi menghuraikan
konflik kesepakatan “aku menang, aku kalah. Kau menang kau kalah”, boleh
dilihat pada watak Nyonya Rokiah dan juga Azizah. Jalan cerita bagi watak
Nyonya Rokiah, kemenangan berpihak kepadanya di mana dia telah berjaya
menikahkan Azizah pada tarikh yang sama dengan tarikh pernikahan kakaknya,
Chombi. Manakala kekalahannya pula ditonjolkan melalui cerita ini apabila
Azizah tidak menikahi calon pilihannya iaitu Jeffry, duda yang beranak dua.
Manakala bagi watak Azizah, kemenangan diperolehinya apabila dia dapat
mengahwini calon pilihan hatinya iaitu Ramlee. Akan tetapi, kekalahannya dapat
dilihat apabila dia terpaksa berkahwin pada tarikh yang telah ditetapkan oleh
ibunya, yakni bersamaan dengan tarikh pernikahan kakaknya, walaupun sebenarnya
dia belum bersedia.
Babak
6
Sesi bergambar bersama seluruh keluarga.
Bapak : Jenab…Apa yang kau merepek sorang-sorang tu.
Mari tolong ambilkan gambar kenangan keluarga ini. Cepat sikit. Kau tu kan
banyak lagi kerjaannya nanti.
Jenab : Opps… Lupa pulak aku ni orang gaji tapi
glamour. Toink…toink…
Tammat
The end





























.jpeg)
.jpeg)










