بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 22 December 2013

Wasiat Lukman Al-Hakim

Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman. 
Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat. 
Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya. 
Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu. 
Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya. 
Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu. 
Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia. 
Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat. 
Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak. 
Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan. 
Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah. 
Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja. 
Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar. 
Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja. 
Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka. 
Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang ***** menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan. 
Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

I miss your footprints


When the night come closer,
I saw something at the ceilings.
I saw you and me ran along the beach, like there is no tomorrow to us.
I saw you smiled at me and i smiled in return.
I just sat and played with the sands, wrote our names on it.
But the waves came and washed away our names.
But it's okay, because it can't erase your names in my heart.
You. yes you.
my friends, my strength.
i can't see you now, but i know you are around. 

SYIERA (MAKNGAH)
AZIE (CIK)
FAZ (MAKLONG)
DAYANG (BABY IZARA)
ASMA (CHE AMA)
FARAH (MAK)
ECHIEY (MISS KOREA)
ATIAH
KAUSAR
MUNI
JUE
KAK NIK



Stay strong, stay believe


A strong women is one who is able to smile this morning like she 
was not crying last night.

i wake up each day, stronger than before.

sometimes the person who has been there for everyone else, needs someone to be there
for them.

Always know that in every girl, there is a princess with a strength of a warrior.

whatever life gives you, even if it hurts you just be strong and act like you are okay. 
Remember, strong walls shake but never collapse.

Those who fly solo, have the strongest wings. 

Stay strong, make them wonder why you are still smiling.

I CAN'T BE BROKEN, NOT ANYMORE. :D

9 Mimpi Rasulullah (S.A.W)

“Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru k epada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Telah bersabda Rasulullah SAW
BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”
Maka,berusaha la untuk menyampaikan atau mengingatkan saudara-sudara kita tentang pesanan Rasulullah walau hanya sepotong ayat. Nescaya kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan InsyaAllah keredhaan Allah SWT.

Wanita, Lembutmu bukan diskriminasi daripada Allah.


Seperti mana yang kita tahu, wanita adalah makhluk Allah yang dijadikan dengan sangat lembut.
Lembut dari segi pertuturan, lembut dari segi tingkah-laku dan lembut dari segi zahiriah mahupun batiniah.
Namun kelembutan itu bukan tanda diskriminasi daripada Allah, tetapi tanda kasih-sayang Allah
yang tiada tolak bandingnya.

Kelembutan wanita itu bukan untuk ditindas, 
kelembutan wanita itu bukan untuk diperguna.
kelembutan wanita itu bukan untuk diperkotak-katikkan hatinya.

Malah kelembutan itulah yang dirindukan pada suami.
Bukan sahaja lelaki biasa, malah Rasulullah sendiri sunyi tanpa wanita.
Betapa wanita itu sering dirindui oleh yang halal bagi dirinya.

Lumrah barang yang lembut itu mudah patah, barang yang lembut itu kadangkala sedang untuk lebur.
Maka begitu jugalah wanita yang memang tidak dinafikan mudah terpesona dengan keindahan dunia.
Oleh itu kaum adam, bimbinglah kaum hawa ini menuju jalan yang diredhai Allah.
Sebelum membimbing mereka, lengkapkanlah segala ilmu dalam dadamu.

"mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus."


Penciptaan wanita



Allah menciptakan wanita dengan sangat teliti, dan Dia memerlukan waktu yang cukup
untuk menciptakan wanita padahal Allah boleh sahaja menyatakan "kun Fayakun" (Jadilah),
maka akan jadilah wanita. 
Namun ia sebagai pengajaran daripada Allah bahawasanya untuk melakukan sesuatu perkara, perlu ada penelitian dan waktu yang cukup. 

Malaikat menghadap Allah dan bertanyakan kepadaNya,"Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk mencipta wanita ini?"
Maka Allah menjawab;
"ciptaan ini harus memiliki lebih daripada 200 organ yang bergerak agar boleh menjalankan kesemua tugas mereka."

  • Mampu melayani suami.
  • Menjaga harta keluarga.
  • Menjadi ratu di rumah.
  • Dia harus kuat mengandung dan sanggup melahirkan anak berkali-kali.
  • Memberikan cinta yang menyembuhkan rasa sakit.
  • dan mampu melakukan segalanya menggunakan 2 tangan. 
Kemudian Malaikat mendekati wanita yang telah sedia tercipta dan memegangnya lalu bertanya kepada Allah; "Ya Allah, kamu jadikan wanita ini sangat lembut."
Allah menjawab;" Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. 

Subhanallah. Terasa diri ini sebagai wanita yang sangat dihargai oleh Allah. Sangat disayangi oleh Allah.
Tetapi berapa peratuskah diri ini menunjukkan rasa penghargaan kepada Allah yang telah menciptakan diri ini dengan seindah kejadian.

untuk bacaan lanjut, anda boleh ke link ini: http://johneox.wordpress.com/rahsia-kejadian-wanita/

Ainul Mardhiah




Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...