بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 20 September 2017

Khalish 7 bulan


Hahhh??? Dah masuk 7 bulan?. Hehe. Masa berlalu dengan sebegitu pantas.
Sekejap sahaja sudah menjangkau 7 bulan hero ibu. Banyak perkara Khalish dah 
belajar termasuk belajar makan. Tapi ibu suap tau. Ibu buat moi dekat Khalish.
Dalam tu ibu campur nasi, ayam, carrot, Kacang hitam dan kurma.
Rasanya dah sedap ibu buat, tapi awak tak nak makan sangat.
Awak kalau kek, hurmm bukan main nganga mulut lagi. Belum sempat ibu sua
ke mulut dah bukak mulut minta tambah. Hadeh. Hehe.

Semoga anak soleh ibu terus membesar dengan sihat dan kuat.
Jadi lelaki idaman ye. ;)

Abi beli bola untuk anaknya. Sayangnya Abi pada Khalish.



















Khalish dah pandai panjat tilam


Assalamualaikum anak ibu. 
Anak ibu dah pandai panjat tilam. Ibu sebenarnya tak tahu Khalish dah pandai panjat.
Abi yang tengok dulu dan kemudian abi beritahu ibu.
Mula-mula ibu risau sebab khalish pernah jatuh katil. Tapi lepas tu
ibu yakin anak ibu dah boleh panjat. 
Anak bertuah ibu. I LOVE YOU.


Yang ni pula video awak yang suka sangat pusing kat dapur
Khalish suka main lesung ibu. Tapi ibu lupa nak snap gambar Khalish dengan lesung 
patah ibu. Hikhik. Lain kali kalau ingat ibu ambil gambar Khalish main
dekat dapur pula ye.
InsyaAllah.

Tuesday, 19 September 2017

Khalish & Umar


Gambar ni ibu ambil masa mok ngoh datang ke rumah kita.
Bukan main lagi awak berdua main ye. Siap berebut bola lagi.
Abang Adam gelak tengok awak-awak. Hikhik. 
Umar suka sangat tarik stokin khalish. Tiba-tiba je hilang stokin.
Besar nanti boleh tengok balik gambar awak berdua masa kecik-kecik ye.











Sunday, 10 September 2017

Best ever Quotes

Sources: Mr Google

If it doesn't open, it is not your door.

Your best teacher is your last mistake.

Never make permanent decision on temporary feelings.

The most expensive thing in the world is TRUST
It can take years to earn and just a matter of seconds to lose.

People who hide their feelings usually care the most.

Better an opss than a what if.


Ladies Man (My Khalish)

9/9/2017
(Sabtu)

To my son, i know maybe i cannot be the best mother for you,
but i will make sure i will be the best among them (mothers in the world) ;)
I pray for you honey. Every seconds you are in my heart.
Make sure i will be in your heart. Also for every seconds. 
The most important is, make sure Allah ALWAYS in your heart.
because when Allah is there, i am sure i will be there in your heart, as your mother and as 
your true love.

I love you Muhammad Khalish Rayyan 











Khalish and Abi (My strength)


Bila abi yang jaga Khalish, maka Khalish akan main benda yang ibu
tak pernah bagi adik main. Contohnya tudung saji. Hehe. Comel je ibu tengok awak
senyum. Suka la tu boleh duduk dalam tudung saji. 😅😅


Amboiii, lebarnya senyum anak ibu.Muahh...



Wednesday, 6 September 2017

Khalish tidur ternganga. ;)


Olololooo.... anak ibu tidur ternganga. Ibu paling geram tengok Khalish tidur.
Kalau nyenyak sangat mesti nganga mulut. Gambar ni ibu ambik masa kita balik ke 
Terengganu beraya aidiladha dekat sana.
Alhamdulillah anak ibu sudah diakikahkan. Syukur diberi rezeki dari Allah.

(1 September 2017-Jumaat)




Bantal comel tu hadiah dari kawan umi untuk Khalish. Terima kasih.
Doakan Khalish jadi anak yang soleh dan boleh memberi kebahagian kepada ibu dan abi
dunia akhirat. Amin...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...