Semua penulis akan mati.Hanya karyanya yang akan terus abadi.Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti. (Saidina Ali bin Abi Talib)
Tuesday, 26 September 2017
Penyakit "Al-Wahn"
Picture's Source: Mr.Google
Tahukah anda apa itu penyakit Al-Wahn?
Penyakit Al-Wahn merupakan penyakit hati yang sangat merbahaya yakni
penyakit "Cintakan dunia dan takutkan mati."
Di akhir zaman, akan ada ramai individu yang menghidap penyakit ini.
Mereka berlumba-lumba mencari bahkan mengumpul kekayaan dunia sehinggakan
harta inilah yang mengaburi pancaindera mata dan mata hati mereka.
Masa lebih banyak digunakan untuk dunia semata dan tidak digunakan untuk mengumpul
saham akhirat.
Paling menyedihkan, mereka rela menggadaikan keimana hanya untuk
kenikmatan dunia yang sementara. Iman tergadai demi mendapatkan harta kekayaan
dalam masa yang singkat. Mereka melampaui batas dan larangan Allah.
Adakah kita mahu dijangkiti penyakit ini? Jika tidak mahu, perbanyakkan amal soleh. Selain
bersyukur di atas nikmat kurniaan yang Allah berikan. Jangan kita hanya mengejar
dunia. Kerana pasti kita tidak akan puas.
Dari Ibnu 'Abbas berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda,
"Seandainya seorang anak Adam diberi dua lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan
lembah yang ketiga. Yang boleh memenuhi perut manusia hanyalah tanah. Allah tentu
akan menerima taubat bagi siapa sahaja yang ingin bertaubat."
(HR Bukhari no.6436)
Monday, 25 September 2017
Forum "Rahmat Hijrah" - Ustaz Dato' Dr Izhar , Heliza Helmi
Semoga kita senantiasa diberi hidayah dari Allah..InsyaAllah.
Lagi koleksi gambar Khalish
Ni gambar anak ibu tengah main remote astro.
Suka sangat main decoder astro. Ibu susun elok-elok, anak ibu susun lagi elok.
Hikhik. Terima kasih adik sbb tolong kemaskan untuk ibu ye. Muwah sikit,






