Semua penulis akan mati.Hanya karyanya yang akan terus abadi.Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti. (Saidina Ali bin Abi Talib)
Thursday, 9 November 2017
Wednesday, 8 November 2017
Seoul Garden (Family outing)
Makan dekat Seoul Garden ni favourite suami la.
Daku tak minat sangat makanan luar sebelum-sebelum ni. Tapi
bila dah berjodoh dengan suami yang suka rasa masakan luar contohnya makanan korea
seperti Kimchi, maka dengan itu lama kelamaan seleraku juga berubah. Hehe.
Daku semakin suka Kimchi dan etc. dan daku masih suka ulam budu. :)
Gambar ni diambil pada 6 November 2017 (Isnin)
Semoga menjadi kenangan buat kita berdua kekasihku. Chewah. Hakzhakz.
Kalau tengok camera ni dah kira bertuah la daku sempat menyenap.
Sebabnya suamiku ni memang susah nak tengok camera.
Sekarang dapat pulak dekat anak lelaki dia. :)
Khalish eating ice-cream (Khalish turn 8 months)
Syeeedapnyaaaa...
Ibu belikan dua ice-cream. Satu untuk abi dan satu untuk ibu.
Tapi bila kami makan, anak ibu nyup nyup lidah. Macam berminat je dengan
ice-cream kit kat abi. Hikhik.
Abi bagi sikit Khalish makan. Bukan main suka lagi dapat makan.
Tapi sikit sajalah. Nanti sakit perut macam mana? ;)
WE LOVE YOU.
Khalish memanjat
Amboi sekarang anak ibu...Bukan main lagi ye.
Berani dah bangun sendiri. Ibu tak tolongpun anak ibu bangun.
Khalish pegang pada kerusi dan berusaha untuk bangun sendiri. Itu ibu suka.
Ada semangat dan usaha untuk bangun tanpa bantuan. Hehehe.
Ibu harap bila Khalish besar nanti, anak ibu akan jadi seorang yang berani,
rajin usaha dan boleh berdiri di kaki sendiri. Tidak terlalu mengharapkan
bantuan dari orang lain. :)





















