بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 29 September 2019

Khalish sembelit


Assalamualaikum anak ibu...
Comel tak gambar Khalish? Ni ibu ambik masa anak ibu tertidur atas sofa. Khalish sakit perut. Sembelit. Sampai tertidur. Ibu nak pesan satu untuk anak ibu, banyakkan minum air masak dan makan buah-buah tau. InsyaAllah dapat hilangkan sembelit anak soleh ibu. 

Itik 2 ekor tu ibu sengaja letak. Ibu usik anak ibu tidur. Hikhik. Love you sayang.
Ibu doakan kebahagiaan anak ibu Khalish di dunia dan akhirat. Amin..... :)


















Wednesday, 18 September 2019

Khalish main pasir


19 September 2019 (Khamis)
Hari ni macam biasa, ibu bawak kahlish ke taman sebelum pergi kerja.
Khalish dari rumah lagi dah beritahu ibu,
"nak main gelongsyor, nak main buai laju"
Jadi ibu tunaikan permintaan anak ibu. 
Kita boleh main sekejap je la sebabnya jerebu teruk di KL.
Macam biasa jugak, Khalish akan bawak toys. 
Bawak truck main pasir. Seronok sangat ibu dapat tengok anak ibu main.
Yang penting ibu nak anak ibu sentiasa happy, dan ibu doakan Khalish tetap gembira
walau dah besar nanti. Kalau ditimpa ujian sekalipun teruskanlah senyum.
Tidak ada masalah atau ujian yang tak boleh Khalish selesaikan.
Balik kepada Allah. Kerana yang memberi ujian itu Allah dan 
hanya Dia juga tempat penyelesaiannya.
Ibu sayang Khalish dari pertama kali benih Khalish Allah tanamkan dalam rahim ibu.
I love you






Lagu Rojak oleh Khalish

Khalish nyanyi Lagu Anak Nabi kita

Thursday, 8 August 2019

Buah hati ibu, Khalish


Assalamualaikum ensyem boy ibu...
Khalish buat apa tu ;) sibuk ke? Soalan ni selalu sangat Khalish tanya dekat ibu.
"Ibu buat apa tu?" Beberapa kali Khalish tanya, sampailah Khalish kata "owhh, okay", baru tak
tanya dah soalan tu.

Abi selalu tergelak bila dengar Khalish tanya soalan tu.
Bila abi callpun soalan tu jugak yang abi kena jawab berkali-kali. hehehe.
Banyak sangat kenangan ibu, abi dan Khalish. Banyak jugak yang ibu nak ceritakan pada Khalish.

Ni gambar sebelum ibu hantar Khalish ke rumah Umi (pengasuh).
Biasanya kita akan singgah taman dulu. Bila dah bosan main taman, Khalish akan ke kedai
beli air kotak milo. Lepas tu singgah pulak main kereta di rumah kawan ibu.
Kemudian baru kita ke rumah Umi.

Khalish masa kecik susah nak bergambar. Tapi dah besar senang pula diajak bergambar.
Walaupun kadang-kadang susah jugak nak pandang camera. Abi sampai
ke besar la tak suka bergambar. Sebab tu jarang sangat gambar abi yang tengok camera.

Nah, ibu nak share beberapa keping lagi gambar Khalish.
Ensyem tak anak ibu? Muwahhhh...
























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...