بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Tuesday, 11 August 2020

Aidiladha 2020

 


Assalamualaikum suamiku dan anak-anak ibu. 
Apa khabar semuanya. Semoga kesayanganku berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah. 
Raya Aidiladha tahun ni kita beraya di KL. Memandangkan abi dapat cuti raya ke-3. Jadi berayalah kita berempat di KL. Ibu seronok je sebab tetap ada suami dan anak-anak di sisi.
First time Yusuf beraya di KL. Abang Long dah pernah raya di sana. :) Masa kecil dulu. 
Hari ni ibu nak share gambar kenangan kita berempat. 
Muahhh...






























































Thursday, 30 July 2020

Khalish shopping ke Nsk


Assalamualaikum anak ibu Khalish dan Yusuf yang berjaya di dunia dan akhirat.
Apa khabar keduanya...Ibu doakan kedua-dua kesayangan ibu diberikan kesihatan yang baik dan
dirahmati Allah sentiasa...
Hari ni ibu nak kongsikan gambar bang long khalish ke Nsk. Shopping bersama umi dan kakak.
Sehari sebelum ke Nsk ni, Umi ada bawa bang long ke kedai 2CO...Shopping dah. Hari ni shopping lagi ye...Umi cakap bang long minta vitagen la. Lepas tu umi siap belikan baju sedondon lagi untuk bang long dan adik Yusuf. Hurmmm...Umi manjakan anak-anak ibu...Ibu bersyukur sangat dipertemukan dengan umi untuk jagakan anak-anak ibu kerana umi jaga Khalish dan Yusuf dengan sangat baik.
Ni gambar yang umi whatssap untuk ibu. Jadi ibu nak kongsikan untuk anak-anak ibu.
Oppsss..Umi tak bawa Yusuf sekali sebab anak soleh ibu Yusuf kecil lagi. 9 bulan. Tambahan masalah covid yang bertambah. Jadi Umi tak bawa...Untuk kebaikan anak ibu juga..

LOVE YOU BOTH SO MUCH...
(Waktu ni bang long berumur 3 tahun 5 bulan)








Wednesday, 29 July 2020

Sewaktu kecil


Dulu, sewaktu kecil...
Kita sering tersenyum. Suka. Masalah tidak bawa pada derita.
Tak kenal apa itu ujian. Bahkan tak tahupun itu adalah ujian.
Yang kita tahu, hanya gembira. Yang kita mahu hanya ceria.

Kini, bila kita mula dewasa...
Kita sering murung. Fikir ujian terkadang datang bertimpa.
Murung. Fikir masalah yang melanda.

Tapi sewaktu ini kita tidak terfikir.
Kecil mahupun dewasa, kita tetap punya Tuhan yang sama.
Dia yang beri kita senyum sewaktu kecil... Dan Dia juga beri kita murung sewaktu dewasa.
Bukan Tuhan nak susahkan kita.
Bahkan nak menguatkan kita. 

Dulu dan sekarang...Usah dibimbangkan..
Buat apa nak takut.. Kita punya Tuhan.
Dia yang senantiasa memerhati. Bahkan sentiasa di sisi.
Terus berjalan walau sukar.
Kerana setiap langkah yang dilalui dengan sabar, pasti punya kebaikan yang akan
terbongkar.

Monday, 27 July 2020

Umi bawa Khalish Shopping


Ehem-ehem....Seronoknya abang long pergi shopping dengan umi dan kakak yeee...
Pagi ibu bawa abang long teman pergi klinik Yusuf. Petang pulak umi bawa pergi shopping. 
Seronok la ni dapat car lagi. Sayang betul umi dekat abang long dan Yusuf. Umi tak bawa Yusuf sebab Yusuf kecil lagi. Nak bawa ke tempat awam tak sesuai lagi. Jadi Umi bawa abang Long je. Tapi biasanya umi tetap beli toy untuk Yusuf. ;) Yusuf jangan marah tauu...
Besar nanti jangan lupakan Umi. Umi juga yang besarkan abang long dan Yusuf selain daripada ibu dan abi. Terima kasih Umi sebab jagakan Khalish dan Yusuf dengan baik.
Terima kasih sangat-sangat.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...