بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 9 June 2021

Yusuf main toys

 















Yusuf makan epal

 


Yummy!..Sedapnya adik makan epal. Waktu kecil yusuflah paling suka makan buah. Adik makan pisang, jambu batu, nenas. Bukan itu sahaja, timunpun adik suka makan. Kalau bab buah memang tak tolak. Ibu pernah nak ambil adik di rumah umi. Adik tengokkk je ibu berdiri depan pintu tapi adik tak nak balik lagi sebab tengah makan anggur. Atuk buang kulit. Terima kasih atuk...Hikhik.
Ni pula gambar makan epal. Adik ambik sendiri dalam peti ais. Ibu tak sempat nak buang kulit lagi tapi adik dah makan. ;)














 

Yusuf cakap "Lukung"

 


Sayang....anak soleh ibu Yusuf...Buuulatnya mata. Yusuf tahu tak, waktu kecil Yusuf suka memanjat. Abang long waktu kecil dia tak memanjat sangat. Besar ni baru minat. Sebab adik ajar bang long. Panjat kerusi. Lompat atas katil. Kalau adik nak duduk di tempat yang agak tinggi macam dalam gambar ni, tapi adik tak dapat nak panjat sendiri, adik akan suruh ibu atau abi "lukung". Lukung tu maknanya dukung la. Hehehe. Nasib baik ibu faham.
Semoga anak soleh ibu diperlihara oleh Allah sentiasa. Aamiin. InsyaAllah...



Abang Long posing

 


Assalamualaikum anak soleh ibu Khalish. Sayang ibu sihat ke? Semoga abang long senantiasa diberi kesihatan oleh Allah dan terus dapat melakukan ibadah kepadaNya. Woww...Bergayanya anak ibu. Yang sebenarnya sebelum ibu snap gambar ni, ibu snap gambar Yusuf. Banyak jugak gambar Yusuf yang ibu snap. Tapi tak ada gambar abang long. Sebabnya abang long pergi ke rumah umi. Jadi memang tak boleh la ibu nak snap gambar abang long.

Jadi bila abang long tengok banyak gambar adik dalam fon ibu, abang long jealous la. Abang long tanya, "kenapa gambar Yusuf banyak, kenapa gambar khalish sikit." Jadi ibu kata ok laa...Jom ibu snap gambar abang long pulak. Apa lagi, bukan main la abang long posing. Hikhik. Waktu ni abang long berumur 4 tahun 4 bulan dah..Sekejap saja masa berlalu. Semoga abang long dan adik membesar dengan sihat serta sentiasa mendapat rahmat Allah. Aamiin...



















Yusuf 1 tahun 8 bulan


Assalamualaikum anak soleh ibu Yusuf. Adik apa khabar sayang? Ibu doakan anak bijak ibu Yusuf sentiasa dalam peliharaan Allah. Aamiin. Handsome tak adik waktu kecil? Handsomekan...Waktu ni Yusuf sudah setahun 8 bulan. Yusuf baru bangun tidur ni. Jadi nak senyum dan tak nak senyum tu sama banyak. Biasanya kalau bangun tidur Yusuf tak nangis. Cuma Yusuf nak susu. Dah dapat susu ok la. Kadang-kadang yang menghiburkan ibu, bila adik bangun, adik akan intai ibu di sebalik pintu. Keluar masuk keluar masuk kepala. Abi akan cakap,"tu anak soleh ibu dah bangun." Hikhik. Comel je.



















 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...