بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 29 December 2011

Tempat-tempat yang bakal menemukan anda dan si dia

Sebagai seorang yang masih lagi berstatus "single", anda mesti tertanya-tanya tempat manakah yang akan menemukan anda dengan pasangan anda. Hurmm, saya masa kecik-kecik sampailah sekarang masih berangan untuk bertemu secara tidak sengaja kedai buku. Tapi belum lagi ketemu, that is why im still single. hehe.Allah maha penentu dan maha tahu. Disini saya ingin kongsikan tempat-tempat yang mungkin akan menemukan anda dengan pasangan anda.. Jom terjah..=)


1.Perpustakaan-Bagi yg masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kpd kamu ntuk mencari pasangan.kata orang"sambil menyelam sambil minum air" 

Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach"
gadis yg kamu suka.hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka.

tapi diingatkan jangan bersiul atau mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar!

2.Pusat Boling - salah satu tempat yg di gemari oleh remaja.ha,apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling??

3.Pusat beli-belah =Pasti ramai yg tidak percaya.tetapi yakinlah ada di antara kita yg mendapat pasangan di pusat membeli belah.tidak mustahil ini juga berlaku kpd kamu.oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.mana tahu mungkin kamu di pikat di sana..

4.tempat seminar/camping = kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping.mungkin perkara yg sama berlaku kpd kamu.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang.

5.Internet = wah!Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini.ramai di antara kamu yg mendapat pasangan melalui cara ini.cubalah kamu melayari internet untuk berchatting,manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dgn pasangan melalui internet.tidak kurang juga perkenalan melalui
"chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki kamu.kata orang'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'tapi awas!banyak juga yg penipu.
selamat berjaya!


6.kenduri kahwin = pasti ade yg gelak bila baca tips ini..tapi banyak yg berkesan tau!pasti ramai yg akan menghadiri majlis perkahwinan.jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti?? ehem-ehem, senyum nampak..=)

7.Pejabat atau sekolah = sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai.dah kenal barulah cinta kan??jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yg di anjurkan oleh organisasi sekolah kamu agar kewujudan kamu akan di sedari..contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yg tertarik dengan kamu nanti.

8.kafe=daripada kamu terperap di rumah.apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.kalau mampu pergilah ke kafe yg eksklusif.tentu yg melepak di situ juga yg best-best.siapa tahu ,tiba-tiba saje kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yg duduk di meja sebelah kamu...Suka la tu.. hehe




Tanda-tanda si Dia jatuh cinta

Hurmm...saya tahu sekarang anda mesti tertanya-tanya, adakah orang yang anda suka dan cinta juga menyintai anda. Anda confius sama ada si dia yang anda suka, menyukai anda juga atau hanya menganggap anda sebagai kawan sahaja. Disini saya kongsikan tip2 untuk mengenalpasti adakah cinta anda berbalas atau anda hanya bertepuk sebelah tangan. Jom layan...=)


1. Dia akan selalu menghubungi anda.. (sms dan call).. Bangun pagi, dia akan sms anda.. sbb andalah org pertama yang bermain di pikirkan nya apabila dia sudah jatuh cinta.. Inbox anda kini penuh dgn pesanan ringkas daripada dia..

2. Dia ingin mengetahui semuanya tentang anda.. Setiap saat dia nk tahu apa yang anda buat, siapa kawan anda, apa kegemaran anda, tentang keluarga anda.. semuanya akan dia tanya.. Baginya.. terlalu banyak soalan ingin di utarakan apabila sudah jatuh cinta..




3. Dia kini seperti pemberita. Setiap saat apa yang dia lakukan.. dia ingin memberitahu anda. Ingin memaklumkan apa yang dia buat, apa yang terjadi pada dia, kepada anda.. Dia ingin berkongsi kegembiraaan, dan kesedihan dgn anda. Jgn terkejut jika anda adalah org pertama dia hubungi apabila mendapat berita gembira dan sebagainya walaupun tengah malam atau pagi buta..

4. Masanya hanya untuk anda. Cakap saja bila, di mana.. dia pasti ada untuk anda. Jika anda perlukan dia.. dia sanggup tinggalkan kerjanya dan terus bergegas menemui anda..

5. Anda mula di hujani bunga, coklat, hadiah, kad, dan sebagainya. Walaupun bukan hari jadi anda.. walaupun bukan ulang tahun perkenalan anda.. anda tetap akan menerima sesuatu daripadanya. Ini bermakna.. ke mana saja yang dia pergi.. dia akan teringatkan anda.. Nampak saya barang2 y cantik dan menarik.. dia akan terpikir anda.. ingin melihat senyuman di bibir anda.. Hei.. dia da benar-benar jatuh cinta!

6. Rambut dia sentiasa basah ketika bertemu anda.. Dia sentiasa berpakaian kemas utk menemui anda.. Dia mahu memberi image y terbaik di hadapan anda.. Mungkin juga ada y sakit hidung kerana perfume y terlalu kuat di pakai oleh dia. Jgn salahkan dia.. dia sedang mabuk cinta.. andalah penyebabnya

7. Si dia tidak lagi perlukan hiburan. Tak perlu menonton cerita lawak dan sebagainya utk ketawa.. Hanya dgn membaca sms anda.. dia mampu tersenyum lebar.. dan ketawa hingga tak keruan jadinya.. Anda penyebab dia di gelar 'gila'..

8. Kesalahan anda mudah untuk dimaafkan. Kalau anda terlupa janji anda.. datang lewat utk temu janji.. ada buat salah dan sebagainya.. dia akan jawab 'Tak apa'.. erm.. bg dia.. sudah cukup gembira anda sudi berada di sisinya.. Huish.. mmg tangkap cintan la ni.

9. Dia menjemput kamu makan malam di rumah keluarganya.. Jaga-jaga.. dia benar-benar telah jatuh cinta.. dia tidak akan melepaskan anda!



 So, macammana? dah dapat jawapannya? kalau dah dapat jawapan, sila like and follow me ok..=) thanks..

opss..Cara menawan hati lelaki


Alangkah bertuahnya badan jika orang yang kita minati, yang kita jeling-jeling setiap hari, yang kita termimpi-mimpi, rupa-rupanya sama menaruh hati. Mustahil? Tak juga. Sebenarnya, kalau bercakap soal hati, lelaki dan wanita, walaupun ada persamaannya, namun tetap ada yang berbeza. Kali ini, saya tidak berhasrat untuk menulis mengenai cara memikat wanita, tetapi bagaimana memenangi hati lelaki. Apa yang menariknya, yang menulis artikel ini juga lelaki, yang ikhlas membicarakan, dari hati ke hati. Baiklah, untuk menawan hati si dia, anda harus:
1) Jadi Seperti Perempuan
Duhai kaum Hawa sekalian, jika anda ingin menawan hati lelaki, jadilah seperti wanita! Kebanyakkan orang lelaki tidak akan tertarik dengan orang perempuan yang tidak seperti perempuan. Gaya lenggang anda ketika berjalan, tutur bicara anda, gerak-geri anda, adab sopan anda, pakaian anda, adakah semuanya seperti seorang perempuan? Anda harus sedar bahawa kami lelaki, menganggap wanita itu lembut, halus, tertib, penuh kesantunan dan sebagainya. Jika perwatakan anda kasar, berjalan seperti kaki pukul, orang lelaki pun takut. Pendek kata, jadi feminin, bukan maskulin!
2) Jangan Terlalu Tunjuk Pandai
Bukannya lelaki benci atau tak suka wanita yang cerdik dan bijak. Namun jika anda menunjukkan seolah-olah anda lebih bijak dari lelaki, ini akan menimbulkan perasaan yang agak tidak selesa bagi lelaki tersebut. Kalau anda nak tahu, lelaki suka jika pasangannya memujinya kerana kepintaran dan kecerdikannya. Ingat, walaupun mungkin anda tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk atau menrendah-rendahkannya, jangan sampai anda calarkan egonya dengan menunjukkan anda terlalu bijak untuk dirinya. Beri peluang untuk dia mempamerkan kebijaksanaannya dan bakat kepimpinannya yang ada. Minta darinya pendapat atau cadangan kerana tidak secara langsung anda telah mengiktiraf dan mengakui kehebatannya dan mereka juga akan berasa bangga. Ingat, tiada halangan untuk anda menjadi genius sekalipun, namun, bila bersama dengan lelaki kesayangan anda, pandai-pandailah kawal diri.
3) Ambil dan Jaga Hatinya
Jika anda ingin menawan hati lelaki, anda juga perlu pandai mengambil hatinya. SMS lah padanya bertanyakan sudah makan atau belum, bagaimana dengan kerjanya di pejabat dan sebagainya. Dengan kata lain, jadilah seorang yang caring! Tapi nasihat saya, janganlah terlalu sibuk bertanya itu dan ini padanya kerana takut-takut rimas pula jadinya nanti. Asalkan si dia tahu bahawa anda mengambil berat tentang dirinya cukuplah. Selain itu, anda juga boleh masak masakan kegemarannya untuk mengambil hatinya. Tak tau masak? Tiada masalah. Anda boleh mengambil hatinya walaupun apa yang anda berikan padanya hanyalah sebungkus kerepek ubi pedas.
4) Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Kewanitaan
Percaya atau tidak, walaupun memasak, menjahit, mengemas, menghias dan sebagainya bukanlah kemahiran wajib yang perlu anda tahu, namun memiliki kemahiran tersebut merupakan bonus buat anda. Orang lelaki akan lebih tertarik jika mereka tahu anda pandai memasak, menjahit, rajin mengemas dan sebagainya. Jika anda ada kemahiran memasak contohnya, tunjukkan kehebatan anda. Biarkan si dia rasa masakan anda yang paling special ataupun buat kejutan dengan menyediakan menu kegemarannya. Jangan pandang rendah pasa kuasa masakan. Dalam rumahtangga, masakan adalah rahsia isteri memikat hati suamimereka! Sebenarnya, selain menaikkan saham anda, ilmu dan kemahiran-kemahiran ini menonjolkan lagi nilai keibuan yang ada pada diri anda. Mereka pasti cair!
5) Berikan Dirinya Peluang
Jangan lakukan segalanya seorang diri, tetapi berilah dia peluang untuk mengurat atau memikat anda pula. Kalau difikir-fikirkan, rata-rata bagi orang perempuan, lelaki lah yang patut memulakan, betul tak? Ciptalah peluang agar dirinya dekat dengan anda. Berikan dia ruang agar dia dapat melihat anda atau menghampiri anda tanpa sebarang halangan. Lelaki ini ramai yang pemalu. Jika anda sering berada dalam kelompok kawan wanita anda, mungkin dia malu untuk menghampiri. Sekali-sekala, tak salah untuk berada di luar kelompok tersebut untuk memberi ruang padanya.
6) Cari Persamaan
Persamaan itu menimbulkan tarikan. Apabila anda berjaya menampakkan diri anda sebagai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya, ini akan menjadikan si dia tertarik untuk mendekati dan mengenali anda dengan lebih mendalam. Mungkin anda boleh berkongsi hobi, makanan kegemaran, warna kesukaan dan model kereta yang sama. Tetapi ingat, jangan sampai anda terpaksa menipu dengan mewujudkan persamaan ciptaan anda sendiri. Sebaiknya, cuba cari persamaan yang benar-benar wujud antara anda dan dirinya.
7) Hampir Dengannya
Orang yang paling hampir dengan kita, yang selalu berada dekat dengan kita, adakah kita mudah melupakannya? Mungkin tidak. Selain persamaan, ahli psikologi menjelaskan bahawa kita mudah tertarik dengan orang yang berada dekat atau hampir degan kita. Jadi, usahakanlah agar anda selalu berada hampir dengannya. Cara yang paling mudah ialah menjadi kawannya. Berkawanlah dengannya dahulu. Lagipun anda perlu mengenali hati budinya terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bercinta dengannya, apatah lagi menjadikannya sebagai teman hidup.

Rahsia Wudhuk

Islam mewajibkan umatnya solat yang khusyuk,  5 waktu sehari semalam dan ditambah dengan solat-solat sunat yang lain yang boleh memperkukuhkan jati diri anda dan menjamin kebahagian di dunia dan akhirat.

RAHSIA WUDHUK
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ” Hatim berkata,”Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air”.
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
• Bertaubat
• Menyesali dosa yang telah dilakukan
• Tidak tergila-gilakan dunia
• Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
• Tinggalkan sifat berbangga
• Tinggalkan sifat khianat dan menipu
• Meninggalkan sifat dengki.”

Wednesday, 28 December 2011

Dahan kasih Rasulullah...

Berpautlah pada dahan kasih rasulullah,
" Aku tinggalkan kepadamu dua perkara. Al-Quran dan Sunnahku. Jika kamu mengikuti Al-Quran dan sunnahku, maka kamu akan kesyurga bersama-sama denganku."


Pedang penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan pedang inilah baginda pertaruhkan nyawa demi islam. Dengan pedang ini jugalah baginda meletakkan islam sebagai agama yang tertinggi dan termasyhur. Dengan pedang ini jugalah kita dikurniakan kemanisan  islam di dalam hati.

Hubungan Suami isteri yang diredhai Allah

KERANA DIA ISTERIKU, KU CINTAINYA...KERANA DIA SUAMIKU, KU SAYANGINYA...

Alhamdulillah…
Itulah lafaz yang dilafazkan oleh tok kadi setelah selesai mengijabkabulkan pasangan Ahmad dan Zulaikha.

Hari-hari yang dilalui oleh Ahmad dan Zulaikha berjalan seperti biasa.Mungkin ada kelainan pada Zulaikha . Setelah bergelar isteri , segala tugas dan urusan rumah terpaksa dilakukannya sendiri .

Dari menjaga keceriaan rumah sehinggalah kepada menguruskan suami tercinta. Walaupun Zulaikha kini bergelar seorang pensyarah disalah sebuah universiti tempatan ,dia bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Tidak pernah sekalipun terdengar ditelinga Ahmad tentang keluhan Zulaikha.Yang ada padanya hanyalah senyuman yang benar-benar ikhlas dari seorang isteri kepada suami.

‘Sayang , abang kasihan melihat sayang bekerja.Balik sahaja dari mengajar , sayang terpaksa menguruskan rumah , masak untuk abang , cuci pakaian abang dan macam-macam lagi. Jika sayang mahu abang nak carikan seorang pembantu rumah untuk menolong sayang uruskan rumah kita’. Tanya Ahmad pada Zulaikha pada suatu malam. Dengan tersenyum zulaikha menjawab ‘tak perlulah semua tu abang.Zulaikha masih kuat lagi . Zulaikha masih boleh uruskan sendiri semuanya . Lagipun itukan tanggungjawab seoarang isteri . Zulaikha lebih suka abang makan makanan yang dimasak oleh Zulaikha sendiri. Zulaikha suka beri suami Zulaikha makan makanan daripada air tangan Zulaikha sendiri , kerana disitulah akan tercetusnya kasih sayang antara suami isteri. Zulaikha tak pernah menyesal menjadi isteri abang , malah Zulaikha berbangga kerana mempunyai seorang suami yang penyayang , prihatin dan beriman macam abang.Cuma satu yang Zulaikha minta dari abang , kasih dan sayangilah Zulaikha sebagaimana Rasulullah S.A.W. mengasihi dan menyayangi isteri baginda Siti Khadijah.’

Ahmad lantas mencium dahi Zulaikha dan memeluknya.’Abang berjanji sayang , abang tidak akan mensia-siakan sayang. Abang rasa bertuah sangat kerana dikurniakan seorang isteri yang bukan sahaja cantik malah tinggi budi pekertinya. Terima kasih sayang kerana sudi menerima abang sebagai teman hidup. ‘sama-sama’jawab Zulaikha.

‘Abang bangun bang .dah hampir pukul 5.15 pagi ini . Cepatlah bangun kita berjemaah bersama.”Zulaikha mengejutkan suaminya.Sementara menunggu suaminya membersihkan diri Zulaikha membentangkan sejadah untuk suaminya. Dia lantas mencapai Al-Quran dan membaca kalimah-kalimah suci Allah . Sungguh merdu suaranya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Itulah salah satu sebabnya mengapa Ahmad terlalu menyayangi Zulaikha, dia bukan sahaja lincah di dapur malah patuh pada ajaran islam. “Alhamdulillah” ucap Ahmad di dalam hati setiap kali mendengar isterinya melafazkan ayat-ayat Al-Quran. Setelah selasai berjemaah Zulaikha mencium tangan suaminya memohon kemaafan lantas Ahmad mencium dahi Zulaikha. Itulah kebiasaan pasangan ini setiap kali selesai bersolat.

Apabila selesai menanggalkan telekungnya, Zulaikha ingin bergegas kedapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Tiba-tiba sahaja dia rasa pening , tekaknya terasa mual , dia bergegas ke tandas lantas dia menghamburkan segala apa yang dimakannya semalam. Ahmad yang menyadari hal itu bergegas ketandas dan terus mamicit tengkuk Zulaikha dengan niat untuk meredakan mual isterinya itu. ‘Kenapa ini sayang? , sayang tak sihat ke?, Kenapa tak cakap pada abang yang sayang tak sihat kalau tak….. belum pun sempat Ahmad menhabiskan kata-katanya Zulaikha jatuh pengsan dalam pelukannya. . Ahmad terkejut lantas dia merangkul Zulaikha yang tidak sedarkan diri itu masuk ke dalam kereta. ‘ya allah ya tuhanku , walau apa pun tejadi kau selamatkanlah isteri ku ini , amin”doa Ahmad. Dengan segala kekuatan yang ada, ahmad beristighfar dan memecut keretanya. Tujuannya hanya satu ,dia ingin cepat sampai ke hospital . Semuanya kerana isteri yang amat dicintainya.

Setalah setengah jam menunggu di luar , doctor yang merawat Zulaikha keluar.Ahmad bergegas mendapatkan doctor untuk mengetahui keadaan isterinya. “Tahniah encik Ahmad anda bakal bergelar seorang bapa” ulas doctor itu sambil tersenyum. Ahmad lantas menadah tangan kepada ilahi mengucap kesyukuran.

Kini sudah 9 bulan Zulaikha mengandungkan benih Ahmad. Setiap malam Ahmad akan mendendangkan ayat – ayat suci Al-Quran kepada anak yang bakal lahir nanti.”insyaallah anak kita akan menjadi seorang anak yang soleh , patuh pada ajaran islam , taat pada ummi dan abbinya kelak”kata Ahmad setelah dia selesai membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada suatu malam. Zulaikha hanya tersenyum apabila Ahmad mencium perutnya.

“Abang jika apa-apa terjadi pada Zulaikha semasa Zulaikha hendak lahirkan anak kita nanti abang jagalah anak kita dengan baik . Satu lagi jika abang nak mencari pengganti Zulaikha izinkan.”bicara Zulaikha apabila mereka sedang beristirehat di halaman rumah mereka.Ahmad lantas meletakkan jarinya di bibir Zulaikha. “Kenapa sayang cakap macam ini . Sayang dah tak kasihankan abang ke. Abang tak nak kehilangan sayang . Abang terlalu sayangkan sayang.Dan satu lagi insyaallah isteri abang hanya satu dan tidak ada penggantinya. Isteri abang hanya Zulaikha Marshida buat Zulkifli.”jawab Ahmad tegas. Ahmad lantas memeluk isterinya dan tanpa segan silu dia menagis di bahu isterinya.

”Abang Kenapa ini? Zulaikha Cuma mengingatkan sahaja.walau apa pun terjadi abang kena redho.Itu ketentuan ilahi. Kita manusia hanya mampu merancang , tuhanlah yang akan menentukan segalanya.”balas Zulaikha.

Tiba-tiba sahaja Zulaikha rasa perutnya memulas.Semakin ditahan semakin sakit jadinya.Zulaikha mengerang kesakitan. Ahmad terkejut. “Kenapa sayang”

“Tak tahulah abang mungkin dah tiba masanya kot ”balas Zulaikha tersekat-sekat menahan kesakitan . Ahmad merangkul isterinya kedalam kereta dan bergegas kehospital.Setibanya dihospital Zulaikha terus dibawa masuk ke bilik bedah. Ahmad sentiasa berada di sisi Zulaikha untuk memberi semangat kepada isterinya. Ahmad membaca surah Maryam di telinga Zulaikha untuk memudahkan kelahiran. Ahmad tak mampu menahan sebak dihati melihat kepayahan Zulaikha melahirkan zuriatnya. Berkali-kali Ahmad mencium pipi dan dahi isterinya. Jika boleh bertukar tempat di kala itu mahu sahaja Ahmad menggantikan tempat isterinya. Patutlah kata orang , sakit semasa melahirkan ibarat sebelah kaki didalam kubur.”ya allah ya tuhan ku kau selamatkanlah isteri dan anakku ini , amin”. Doa Ahmad didalam hati.

Setengah jam berlalu terdengarlah tagisan bayi. Alhamdulillah ucap Ahmad. Kata doctor anakku adalah kembar.Lima minit kemudian seorang lagi anakku telah menjengah dunia.Zulaikha juga selamat. ALHAMDULILLAH.

Setelah siap anak-anak dibersihkan Ahmad menqhamadkan anak-anaknya.
Anak yang sulung diberi nama Iman Muhammad Firdaus bin Ahmad Kamal dan anak yang kedua diberi nama Iman Ainul Raudhah buat Ahmad Kamal. Ahmad memberi Firdaus kepada Zulaikha untuk disusukan sementara Ainul Raudhah diribaannya. Ainul Raudhah seperti memahami yang gilirannya untuk disusukan akan tiba selepas abangnya. Dia sedikitpun tidak merengek. Dalam masa yang sama ahmad memanjatkan kesyukuran kerana dalam masa yang sama dia telah dikurniakan dua orang anak sekali gus…ALHAMDULILLAH.”Terima kasih sayang kerana bersusah payah untuk melahirkan zuriat kita”ucap Ahmad lantas mencium dahi isterinya dan memeluknya erat.    

Bicara kata untuk dirasa


Hurmm..Sahabat blogku yang sangat kusayang, kat sini saya ingin berkongsikan himpunan kata-kata mutiara kehidupan khas buat kita semua. Semoga dengan membaca kata-kata indah tersebut dapat juga melembut dan menyembuhkan hati kita. =) Have a look!

  1. Bicaralah dengan hati, karena apa yang datang dari hati akan sampai ke hati.
  2. Dalam hidup, jangan miliki rasa takut pada dia yg membencimu, tapi kamu harus hati-hati pada teman yg pura-pura memelukmu.
  3. Bahagia bukan milik dia yg hebat dalam segalanya, namun dia yg mampu temukan hal sederhana dlm hidupnya dan tetap bersyukur.
  4. Jangan hiraukan mereka yg berusaha jatuhkanmu. Karena mereka akan kalah dengan sendirinya ketika melihatmu masih tegak berdiri.
  5. Banyak hal yang bisa menjatuhkanmu. Tapi satu-satunya hal yang benar-benar dapat menjatuhkanmu adalah sikapmu sendiri. 
  6. Saat suatu hubungan berakhir, bukan bererti 2 org berhenti saling mencintai. Mereka hny berhenti saling menyakiti.
  7. Jangan pernah menyerah jika kamu masih ingin mencuba. Jangan biarkan penyesalan datang karena kamu selangkah lagi untuk menang
  8. Jika Tuhan menciptakan pelangi untuk mengindahkan langit, maka Tuhan menciptakan sahabat tuk keindahan hidupmu.
  9. Jangan terlalu tergantung pd orang lain, bahkan sahabatpun tak akan selalu ada untukmu.
  10. Sahabat adalah seseorang yg selalu membuat hatimu bahagia. Sahabat selalu membuat hidup jauh lebih menyenangkan.
  11. Sahabat sejati memberikan waktu disaat tawa hadir, ataupun dikala air mata mengalir.
  12. Sahabat adalah dia yg tahu kekuranganmu, tapi menunjukkan kelebihanmu. Dia yg tahu ketakutanmu, tapi menunjukkan keberanianmu.
  13. Ketika keadaan mengharuskan untuk menangis, tak usah berpura, menangislah. Tak semua air mata bererti lemah.
  14. Mereka yang terus hidup penuh dengan kekerasan hati akan membawa kedalam kehidupan yang tidak mensejahterakan.
  15. Jgn hitung brp kali org menyakiti & meninggalkanmu, tp brp kali kau menyakiti Tuhan & Ia tdk prnh meninggalkanmu.
  16. Sahabat adalah mereka yg tahu semua kekuranganmu, namun tetap memilih bersamamu ketika orang lain meninggalkanmu.
  17. Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.
  18. “…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
    (QS. An Nuur, 24:22)
  19. “Barangsiapa memaafkan kesalahan orang lain maka Allah akan memaafkan kesalahannya pada hari kiamat.”
    (HR Ahmad No – 7122)
  20. Masalah tidak akan menjadi rumit jika kamu bisa menyikapinya dengan sabar dan dengan kelapangan hati.
  21. Bangkitlah dari kesedihan, karena kesedihan adalah proses yang harus dilalui untuk menuju kebahagiaan.
  22. Setiap perbuatan yang membahagiakan sesama adalah suatu sikap yang mencerminkan pribadi yang mulia.
  23. Cinta sejati bukanlah yg berusaha utk mengubahmu, tp yg berhasil menerimamu & tumbuh dewasa bersama dgnmu.
  24. Sahabat adalah dia yg tahu apa yg dia miliki ketika bersamamu, bukan dia yg menyedari siapa dirimu setelah dia kehilanganmu.
  25. Jangan pernah sakiti sahabatmu, kerana sahabat adalah cara Tuhan menunjukkan bahawa Dia tak ingin kamu sendirian jalani hidup.
  26. Orang hadir di hidupmu kerana sebuah alasan. Mereka berimu bahagia dan kecewa. Ada yg sesaat, tapi ada yg selamanya, iaitu SAHABATMU.
  27. Sahabat adalah mereka yg tahu bahawa ada sedih di matamu ketika seluruh dunia percaya dengan senyum di wajahmu.
  28. Bersedih dengan orang yg tepat lebih baik daripada berbahagia dengan orang yg salah. Bijaklah dlm memilih sahabat. 
  29. Tak ada yg sempurna, sahabatpun pernah berbuat salah, tapi kamu selalu temukan sebuah alasan untuk maafkan mereka.
  30. Indahnya persahabatan adalah saat kita memberi tak mengharapkan balasan. Ada tawa saat dalam kesedihan. 
  31. Sahabat itu seperti BINTANG, dia memang tak selalu terlihat, tapi kamu tahu dia selalu ada di sana.
  32. Terlalu berharap akan menyakitimu, namun itu bukan alasan tuk menyesali diri. Ingat, sahabat selalu ada untukmu.
  33. Kenalilah sahabat yang disamping kamu. Sahabat ialah yang mengulurkan pelukan ketika kamu terjatuh.
  34. Sahabat adalah mereka yang mampu mengeluarkan kemampuan terbaik yg ada dalam diri kamu. Mereka yg selalu berimu semangat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...