بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 13 February 2012

subhanallah..

Maha suci Allah, yang memiliki segala kekuasaan dan mengetahui sebalik sesuatu...

Allah SWT kembali menampakkan kekuasan-Nya (ayaturrahman) melalui sebuah karamah kejadian ajaib. Perkara di luar nalar manusia. Setiap muslim hendaknya mencermati, mengambil pelajaran. Sebagai bekal menguatkan langkah dalam menjalani kehidupan.

Kita awali dari Dr. Muawiyah Hassanein, Direktur Ambulan Darurat dan Departemen Kesehatan di Gaza menceritakan:

"Syuhada yang meninggal berhari-hari, bahkan berminggu-minggu masih menitiskan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut…"

Subhanallah….

Syahid 'Iyan berkata: "Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun tubuhnya hancur, darahnya masih segar."









Demikian, Allah SWT telah menampakkan ayat-ayatnya, melalui para pejuang yang ikhlas dan taat. Allah pasti selalu memberi perindungan kepada hamba-hamba- Nya yang membela agamanya. Janji Allah datang bersama kesabaran. Allah tak akan mengingkari janjinya.

Bisikan hati


Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu 
Ya Allah, 
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu 


Ya Allah, 
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir... 
menjadi penawar hati ku 
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerima amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan ..

Ya Allah, 
moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Setelah pulangnya daku ke pangkuanMu...

Sunday, 12 February 2012

kereta impian..=) CAMRY



hurmm...ini kereta kegemaranku.Toyota Camry..suka suka suka..insyAllah jika ada rezeki lebih akan ku miliki kereta idamanku ni..kalau husband ad keta macam nipun ok jugak..opss..=) apa2pun, sy sangat sukakannya...
tapi kalau tak dapat camrypun, dapat HONDA CIVICpun ok jugak: =)

  

Wednesday, 11 January 2012

Its all about my dream

assalamualaikum w.b.t

Hurmm..Terasa ingin berkongsi sedikit impian saya yang telah lama saya impikan selama ini. Siapa suka buat biskut? Hehehe..Mesti ramai wanita-wanita di luar sana yang suka membuat biskut untuk keluarga andakan. Takpun untuk diri sendiri. Sama juga seperti saya. Saya memang gemar membuat biskut. Tambah-tambah biskut raya. Suatu hari nanti, bila saya dah ada anak sendiri, saya nak buat biskut dengan anak-anak saya yang tomel2 lagi. Ikut ayah dia la tu tomel, sebab saya tak tomelpun. Hihi.

Best jugak tau, buat biskut bersama dengan anak-anak untuk minum petang, sambil menunggu suami pulang kerja. Hurmm, kalau buat biskut dengan anak-anak memang meriah la jadinya. Kalau acuan tak melekat di rambut ibunya ni memang tak sah la. =) Apapun, ini juga salah satu acuan keluarga yang bahagia dan cara saya untuk mendekatkan diri dengan anak-anak saya nanti. Buat biskut sama-sama dan last sekali, tunggu suami pulang kerja dan minum petang sama-sama.

Sekarang ni, saya nak belajar pula cara-cara buat biskut yang pelbagai jenis dan berbentuk cute. Hurmm, sebab, saya nak bila suami dan anak-anak saya tengok biskut yang berbentuk cute, mereka akan rasa nak makan banyak je. Barulah saya rasa bersemangat nak buat biskut lagi. =)


Hurmm, biskut cute macam ni, bukan anak dan suami je makan banyak, ibupun rasa nak makan banyaaaaaaaakkkkkkk jugak...ahakz! Boleh jugak anak-anak saya bawak biskut ni ke sekolah. And than mesti kawan mereka tanya, " siapa yang buat biskut ni?" My son  mesti jawab, " saya dengan ibu saya yang buat." =) alala...Sweetnya anak ibu...


Wanita-wanita diluar sana mesti mempunyai impian seperti sayakan. Hurmm...So, hari ni saya juga mahu berkongsikan cara-cara membuat biskut yang cute miut ye. =) Jom cuba buat, InsyaAllah dengan senyuman tentu sedap.

BISKUT TEMBIKAI

Bahan-bahan 
  • 150 gm gula kastor
  • 150 gm mentega
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 320 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder (lain kali kena kurangkan)>>yg ni pun kita kurangkan 
  • 1/8 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan hijau
  • paper cups
  • bijan hitam

Cara-cara

Pukul gula dan mentega hingga sebati. Masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yang sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan kepada 3 bahagian, merah, hijau dan plain. Buatkan bebola kecil dengan doh merah. Canai doh plain nipis2 je..pastu salutkan dengan bebola merah tadi. Canai doh hijau nipis2 gak, kemudian salutkan dengan doh tadi. Buat seperti buah tembikai. 

Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).
Belah 4 bebola tadi, pastu letak lah bijan hitam sikit dan aturlah dalam paper cups dan barulah diletak di dalam tin pembakar. Bakarlah pada suhu 160 drj celcius selama 20-25 minit atau hingga masak.
Untuk setiap biji kita buat berat anggaran>> Hijau: 15g Putih: 13g Kuning: 10g, Bungkus kuning dulu dan tutup dgn warna putih, seterusnyer hijau, buat sampai habis, gunakan cling wrap utk bungkus setiap bebola.

 Kalau suami dan anak2 makan banyak, ibu letihpun tak pe. =) 
Asalkan ayah dan anak2 suka..=)

Sambung nanti ye..=)








Friday, 6 January 2012

Buat Suami soleh dan isteri solehah



Buat semua isteri: Jadilah penyayang dan romantik, kerana lelaki sebenarnya seperti kucing.
Jika dibelai ia "miang", tetapi bila diancam ia "mencakar."



Suami pula perlu menjadi seorang ayah yang baik, ketua keluarga dan pada masa yang sama mereka perlu menjadi sahabat kepada isteri dan anak-anak mereka. Jadilah seorang suami yang romantik dan penuh dengan sifat kasih sayang. =)


Kadangkala, apa salahnya suami yang ambil alih menidurkan anak-anak. Nampak comel je. Tambah-tambah kalau mereka tertidur sekali dengan anak-anak

opppss, kalau cuti hujung minggu bawak keluarga bercuti apa salahnya. Tak kisah la dekatpun. Hargai keluarga anda.=)

 Winter with my son

Ni baru betul healthy parenting. Seorang suami, merangkap ayah kepada anak-anak perlulah memperuntukkan masa untuk bermain dengan anak-anak. Jadikan anak-anak sahabat karib. Satu darah, satu jiwa dan satu hati. Nampak sangat penyayang! =) i like...



Suami perlu juga mendidik anak-anak berkaitan hal-hal agama. Hurmm..Kalau boleh, ajak anak-anak pergi ke masjid, solat sama-sama. =)

 Tak kiralah anak lelaki ataupun anak perempuan, jadikan mereka kawan baik anda. Cuma apabila anak perempuan sudah dewasa, ada batasan yang perlu dijaga. Tapi anak lelaki, anda boleh teruskan. Tiada sekatan. 

Sebelum tidur, suami juga boleh membacakan cerita-cerita dongeng buat anak-anak mereka. Jadilah seorang guru buat anak-anak. Jangan harapkan guru di sekolah saja ye..=)

Like father like son.
Alalaaa...sweetnya kalau mereka pakai baju sama. Nampak happy sangat. Kalau keluar makan atau keluar membeli-belah, apa salahnya ayah dan anak-anak memakai baju yang sama. Nampak keluarga yang bahagia.


Kalau suami cuba menjadi seorang ketua keluarga yang penyayang barulah anak-anak akan kata,
"Ayah saya best dan sporting. Dialah ayah dan dialah kawan saya." =)

 SAYA SAYANG AYAH...=)



5 Pesanan buat kita


1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH
PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA
ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA
PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.


3. Jika engkau bertemu dengan orang yang
KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau
MENYAMPAIKAN ILMU.


4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak
BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau
TUMPANG SEKAKI.


5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak
BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk
engkau DIAM & BERLALU PERGI....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...