بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Saturday, 23 February 2013

koleksi kisah lucu


JOM SAMA-SAMA KETAWA. HILANGKAN TEKANAN ANDA. :)
KISAH 1: PEGUAM DAN SAKSI

Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting. 

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar..., tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan. 

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!


KISAH 2: MANDIKAN KUCING

 
Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...


KISAH 3: LAMPU SULUH

 Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung 
Rambutan. 

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan 
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan 
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk 
pemeriksaan terakhir. 

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau 
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu 
sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad. 

"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang. 

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke 
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor). 

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor 

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum. 

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad. 

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum. 

"Ye laaa" jawab Doktor. 

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad 

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor 
berpuas hati. 

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu 
gate. 

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad. 

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai 
soalan terakhir. 

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya 
panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu 
saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba 

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad. 

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

my pictures collection
















Rahsia warna kegemaran


warna kadangkala melambangkan sifat dan identiti seseorang. kadangkala juga warna ditafsirkan dengan pelbagai maksud. warna mampu mengembalikan keceriaan. warna juga menjadi terapi bagi menghilangkan tekanan, menyihatkan minda, mata dan menghilangkan pelbagai jenis penyakit. jadi hari ni kelip-kelip nak kongsikan rahsia di sebalik warna. jom ketahuinya..:)

sumber: Cerita mamat.com

MERAH:
BERANI, EMOSIONAL, TEGAS, TAHAN MELARAT, SUKA BERSENANG-SENANG.

BIRU
SETIA PADA PASANGAN, PANDAI MENYIMPAN WANG, KUAT KEMAHUAN, BERTERUS-TERANG, CEKAP, PEMAAF DAN TEGAS.

HIJAU
SUBUR, SUKA PADA KEBAHAGIAAN, TIDAK SUKA BERGADUH DAN BERTEKAK, TEGUH BERPEGANG PADA AGAMA, SUKA BERHIAS, KOLOT, TEGUH PENDIRIAN.

HITAM
SUKA MENYENDIRI, PRIHATIN, TABAH, TIDAK MUDAH DIPENGARUHI, KUAT BERFIKIR, SETIA, BAIK HATI, CEPAT TERSINGGUNG.

COKLAT
BERSIFAT KEIBUAN. MERENDAH DIRI, SOPAN, HALUS BUDI PEKERTI, MUDAH WAS-WAS, KEINGINAN TIDAK MELUAP-LUAP.

UNGU
PEMURAH, TIDAK SUKA DIPERINTAH, BERINISIATIF, BIJAK, AGAK BEREMOSI.

KELABU
RENDAH DIRI, SUKA MEMBACA, SUKA MENGALAH,BIJAK

KUNING
GEMAR MEMBACA, TEKUN, CERDAS, TABAH

PUTIH
FIKIRAN BERSIH, BERKATA BENAR, JUJUR, RENDAH HATI, SOPAN, RAMAH, BERTAWAKKAL DAN SUKA MENOLONG.  

  

Lemak berlebihan undang penyakit


assalamualaikum.. :)

kata orang gemuk tu cute. kurus pula menawan. bergantung kepada pendapat seseorang. Bagi kelip-kelip, gemuk ke kurus ke semua cantik. tidak boleh perlekehkan ciptaan Allah. semuanya ada hikmah. cuma jika seseorang itu terlalu gemuk, sebenarnya boleh membahayakan diri. kebarangkalian untuk  mendapat penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi tu lebih besar. Jadi, tidak salah kita cuba turunkan berat badan sedikit demi sedikit. bukan tidak bersyukur dengan ciptaan Allah, tapi untuk mengelakkan daripada dijangkiti penyakit berbahaya. kelip-kelip dapatkan tip-tip ini daripada majalah keluarga, April 2012 untuk tatapan kita semua.

Penyelesaian:

  1. kurangkan makanan berlemak.
  2. pilih sumber protein rendah lemak.
  3. makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan.
  4. pilih makanan bijirin.
  5. elakkan daripada mengambil makanan yang berat pada waktu malam.
  6. lakukan senaman berkala.
  7. banyakkan minum air masak.

Bijak menguruskan stress

LIVE MORE, COMPLAIN LESS, MORE SMILES, LESS STRESS, LESS HATE, MORE BLESSED


seseorang sememangnya pernah mengalami tekanan, sama ada tekanan di tempat kerja, di sekolah ataupun universiti mahupun di rumah. tekanan merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan. kita perlu bijak dalam mengawal tekanan supaya ia tidak membawa kesan negatif kepada diri dan juga keluarga. ada individu yang menjadi tidak waras ekoran tekanan yang dialami. jadi hari ni, kelip-kelip nak kongsikan cara mengatasi tekanan. semoga ia bermanfaat.

  1. biasakan diri dalam keadaan berwudhuk.
  2. perbanyakkan membaca Al-Quran.
  3. banyakkan solat sunat.
  4. sentiasa berdoa kepada Allah.
  5. bersangka baik dengan Allah.
  6. lakukan kegiatan luar. contohnya bersukan.
  7. amal diet dan disiplin yang sihat.
  8. menangis dengan sepuas hati.
  9. hargai kebolehan diri.
  10. cintai diri sendiri.
Semoga tip-tip ini bermanfaat untuk kita semua. cuba praktikkan. InsyaAllah akan terubat jiwa yang rapuh..:)


Jujur VS Khianat







Assalamualaikum semua. Tajuk ini sebenarnya kupu-kupu ambil daripada buku Gen-Q (Generasi Al-Quran kreatif) untuk tatapan kita semua. Kalau nak baca dengan lebih mendalam, anda semua beli la buku tsb. Memang sangat bermanfaat untuk santapan jiwa kita. 
Jujur adalah sifat orang beriman,
Orang yang beriman akan jujur pada pertuturan
Dan tingkah-lakunya.
VS
Khianat termasuk dalam sifat orang yang munafik.
Orang yang munafik berbohong dalam percakapan
Dan tidak jujur dalam perbuatannya.

Orang yang jujur sentiasa dipuji,
Disenangi dan dipercayai oleh orang lain.
VS
Orang yang khianat sentiasa memuji diri sendiri,
Diragui dan tidak dipercayai orang lain.

Kejujuran datang dari hati yang bersih dan tenang.
Tanpa ada rasa bimbang kerana segala-galanya
Dilakukan kerana Allah
VS
Orang yang khianat mempunyai hati yang kotor.
Jiwanya tidak tenteram kerana
Bimbang akan terbongkar ketidakjujurannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...