Kalau hari ini hujan, itu bukanlah petanda Allah turunkan kesengsaraan.
Kalau kita tidak perlukan hujan,
tumbuhan, haiwan, bumi
perlukan hujan untuk terus segar dan bertahan.
Begitu juga dengan kita.
Kalau hari ini Allah turunkan ujian, tidak bermakna Allah tidak sayang
tapi hati, iman dan diri
perlukan ujian untuk terus kuat.
kalau tidak diuji, pastinya iman dan hati tidak kukuh
Ujian itu adalah makanan buat hati dan iman untuk mendapatkan tenaga
kekuatan.
Kalau hari ini kita rebah, biarkan berparut
kerana parut itulah yang menjadi tanda untuk kita beringat-ingat.
Bisik pada hati,
ujian hari ini untuk kegembiraan kita hari esok :)
Ikhlas: Kelip-kelip











