Jangan putus asa
sekalipun tiada dalam perancangan kita, tapi ada dalam perancangan ALLAH
Perancangan kita terhad kepada masa, pengetahuan
tetapi perancangan ALLAH menjangkau segala-galanya
perancangan yang sangat rapi.
kerana apa yang akan menjenguk kita masa hadapan
tiada kita tahu
melainkan Dia penentu dan tahu segala perkara
sama ada berada di depan atau belakang
Usahlah kita gusar memandang sesuatu yang sukar
padahal tidaklah terlalu sukar untuk kita hadap
tapi kerana sabar yang tipis
menidakkan kekuatan sebenar diri.
Dalam pada kita kata
"aku tidak mampu",
sebenarnya kita tengah lalu
lalu meredah ujian demi ujian
jadi di mana hujah yang mengatakan kita tidak mampu?






