Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tiada kata yang boleh diungkap
kecuali satu rasa yang hanya mampu diluahkan
Syukur.
Dilahirkan tanggal 17 ogos 1990, bukannya sesuatu yang mudah
tidak mudah untuk seorang ibu melahirkan dirinya sendiri.
Bertarung nyawa untuk menyambut nyawanya
pedih menahan namun ditahan dan...
Akhirnya "Che Haslinda Daraman" melihat jua dunianya.
Terima kasih idaman hati
"Che rakiah Mamat"
Terima kasih kekuatan hati
"Daraman Saat"
Kerana di saat aku tertawa melihat dunia
sebenarnya mereka menangis gembira
melihat aku lahir, hilang semua getir.
Moga aku terus berusaha untuk memberikan rasa gembira ini kepada mereka
terima kasih Allah
anugerah ini tidak terhingga.












