28 Tahun.
Satu angka yang panjang untukku bergelar hamba Allah. Pastinya umur yang sebegini banyak juga
dosa yang telah aku perbuat. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa lampauku.
Pada umur ini, aku telah memiliki seorang suami dan seorang anak lelaki. Aku juga
punya pekerjaan.
Banyak juga pahit manis yang aku lalui. Pahit yang banyak. Manis juga tidak kurang banyaknya.
Alhamdulillah aku masih punya mek dan ayah. Dua orang yang paling aku sayang. Semoga Allah
menghadiahkan syurga buat kedua orang tuaku yang banyak berjasa kepadaku.
Ramadhan ke 20 untuk 2018 ku tulis warkah ini.
Masihkah punya peluang dan ruang untukku merasa ramadhan yang seterusnya.
Cita-cita masih banyak yang belum dicapai. Tapi tidakku harapkan semuanya dicapai.
Kerana apa yang telah Allah kurniakan kepadaku terlalu besar.
Syukur. Alhamdulillah.
Allah, ku mohon kepadamu agar hidupku dan hidup keluargaku diberkatiMu.
Limpahkanlah kepada kami rezeki, kebahagiaan dan ketengan hidup.
Moga kami senantiasa tenang dalam menjalani kehidupan di duniaMu.
Amin....