cuba tanya hati,
ketika anda berasa sedih, siapakah yang ada disamping kita?
cuba tanya hati,
ketika anda mempunyai masalah, siapakah yang tunjukkan jalan penyelesaian buat kita?
cuba tanya hati,
ketika kita berada dalam kebimbangan, siapakah yang membangkitkan semangat kita?
cuba tanya hati,
ketika kita cabaran dan dugaan datang bertimpa-timpa, siapakah yang bukakan keteguhan hati kita?
cuba tanya hati,
ketika kita ditimpa sakit, siapakah yang menyembuhkan kita?
siapakah yang merawat kita?
Hakikatnya kita tidak bersendirian. Kerana:
Kita punyai Allah,
Kita punyai ibu,
Kita punyai ayah,
kita punyai keluarga,
kita punyai sahabat.
Allah dekat dengan kita,
Ibu, ayah, keluarga dan sahabat semua dekat dengan kita.
Jadi buat apa kita patah semangat dan tunduk menyerah?
Bergembiralah, kerana kita sebenarnya tidak bersendirian...:)

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.