(Steffi, Big din, Ay Tee, Tim, Karen, E-kin, Kak Su, Syiera, Faz, Hwan, Aafif, Ainol, Nana, Dayang, Min, Azie, Cik Azie, Kelip-kelip, Miera, Hayat, Jimi.)
Nama-nama ini akan sentiasa terpahat pada dinding hati.
Assalamualaikum semua...
pejam celik-pejam celik, dah hampir 3 tahun kelip-kelip bertapa di bumi sarawak ni. Hurmm...Rasanya baru kelmarin kelip-kelip melangkah turun dari tangga Air Asia dan meletakkan kaki ke bumi Kenyalang ini buat pertama kalinya.
syahdu dan sendu bila mengingatkan sudah hampir waktunya untuk kelip-kelip terbang semula ke semenanjung. Namun, kenangan disini tidak akan pernah sesekali kelip-kelip lupakan.
biarpun pahit untuk meninggalkan Sarawak, namun kelip-kelip juga tahu, itu adalah salah satu perjuangan yang perlu kelip-kelip tempuh.
Harapan kelip-kelip, moga ukhwah yang dibina di sini terus kekal abadi.
kerana di sinilah kelip-kelip memulakan langkah, mengait seribu satu cerita di tanah Sarawak,
yang makin hari, kelip-kelip makin cinta...
InsyaAllah suatu saat nanti, kelip-kelip akan kembali munculkan diri di sini.
mencari sedikit erti disebalik nilai persahabatan yang kekal abadi. :)
5 comments:
akak study sarawak kat mana ?
akak study kat Universiti Malaysia Sarawak dik..:) InsyaAllah ada rezeki sambung lagi master kat sini. Doakan eak...:)
Akak kat Kuching, Sarawak..:)
salam perkenalan..done flw.jmput ke blog sy n hrap flw skali.tq :)
http://mimque.blogspot.com
salam kenal jugak Azrul..k, insyaAllah saya follow..:)otw ke blog Azrul..
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.