Semua penulis akan mati.Hanya karyanya yang akan terus abadi.Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti. (Saidina Ali bin Abi Talib)
Monday, 4 March 2013
Hilangnya nilai kemanusiaan
Assalamualaikum semua...
semoga kita semua sihat-sihat eak...
pagi tadi kelip-kelip diberitahu bahawa tentera-tentera kita sudah mula melepaskan serangan kepada penceroboh-penceroboh di Lahad Datu. Guna cara baikpun tidak mahu, mungkin ini cara yang terpaksa tentera kita lakukan, demi keamanan negara.
kematian wira bangsa, kelip-kelip tangis dalam diam.
tiap tangis itu antara tangis yang sangat bangga.
ku hilang nyawaku, tidak mengapa daripada hilang lagi puluhan nyawa.
semoga roh arwah ditempatkan di syurga. Amin.
kelip-kelip tidak mampu kesana,
cuma berikan masa kita untuk mereka.
berikan hanya beberapa minit sahaja masa kita untuk berdoa kepada mereka, moga semuanya selamat di sana.
kelip-kelip bimbang,
akan mengalir lebih banyak lagi darah-darah suci.
kalau adapun luka,
bimbang ia bernanah di sepanjang zaman...

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.