Gambar: Mr Google
Allah tidak menghadirkan sesuatu yang sia-sia dalam hidup kita. Walau sekecil perkara sekalipun. Walau seremeh perkara sekalipun. Pastinya ada sesuatu yang sangat bermanfaat untuk masa kini atau masa depan.
Sama ada kita sedari atau tidak, sama ada kita percaya atau tidak.
Perkara yang boleh dianggap remeh, sbg contoh sakit perut. Apa yang kita pelajari daripadanya ialah, jaga pemakanan. Itu sekecil-kecil perkara. Apatah lagi perkara yang lebih besar. Contohnya, individu-individu yang ada disekeliling kita, ataupun yang hadir dalam kehidupan kita. Ada pelbagai ragam dan sifat masing-masing. Semua untuk kita pelajari.
Bagaimana? Kita tapiskan kesemua ragam mereka. Yang negatif, kita asingkan dan kita buang. Yang positif kita ambil dan jadikan pedoman. jangan pula kita gunakan ragam negatif kerana kesannya pasti negatif.
Jadi itulah hakikat hidup. Tidak semua yang kita mahu akan mengikut kehendak kita. Jika yang berlaku itu adalah sebaliknya. Jadikan pengajaran.
Life is learning! :)

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.