Ini ayah
ini ayahku.
ku lihat lengannya gagah bagaikan hero
itu bukan kerana kerapnya ayah ke gym
tapi kerapnya ayah bekerja untuk kami sekeluarga.
Ku lihat matanya,
tajam bagaikan professor,
tapi bukan kerana status itu, tapi kerana tajamnya penglihatan
dalam meneliti dimana lagi kekosongan yang perlu diisi untuk melengkapkan lagi
kebahagiaan kami.
ku lihat lagi, dan ku lihat lagi
ternyata disinilah ada kekuatan yang tidak mampu diberi individu lain
seperkara yang membuatkan daku seringkali sedih dan gembira
hanya dia satu-satunya yang sering menyatakan
masakanku yang masin itu "sedap."
ya Allah betapa aku diberikan kasih sayang yang cukup darinya.
aku bersyukur dengan pemberian ini
pemberian yang tidak mungkin diganti.
ikhlas tulus dariku
penulis
19/06/15

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.