Terasa singkatnya sehari-hari
tidak terasa dek masa yang berlalu kerana kita semua sibuk dengan dunia semasa sendiri.
Namun celikku hari ni sudah terlanjur tahun
2016, aku masih ada.
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga untuk umur yang dikurniakan.
mohon hati biar puasa tahun ini masih dapat kurasai.
Tahun demi tahun yang datang
pastinya akan datang pelbagai cabaran, sama ada makin banyak atau makin sedikit
semuanya dilalui dengan hati yang sado, kuat.
Moga tahun baru ini memberikan lebih banyak makna dan kebaikan untuk kita.
Banyaknya harapan yang dibina untuk digapai
macam-macam perancangan yang kita fikirkan
tapi jangan lupa juga pada perancangan Allah yang pastinya lebih baik.
Terima kasih Allah untuk 2016
Terima kasih untuk nyawa yang tiada nilai untuk ditafsir.
aku masih disini, masih ada.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.