19 September 2019 (Khamis)
Hari ni macam biasa, ibu bawak kahlish ke taman sebelum pergi kerja.
Khalish dari rumah lagi dah beritahu ibu,
"nak main gelongsyor, nak main buai laju"
Jadi ibu tunaikan permintaan anak ibu.
Kita boleh main sekejap je la sebabnya jerebu teruk di KL.
Macam biasa jugak, Khalish akan bawak toys.
Bawak truck main pasir. Seronok sangat ibu dapat tengok anak ibu main.
Yang penting ibu nak anak ibu sentiasa happy, dan ibu doakan Khalish tetap gembira
walau dah besar nanti. Kalau ditimpa ujian sekalipun teruskanlah senyum.
Tidak ada masalah atau ujian yang tak boleh Khalish selesaikan.
Balik kepada Allah. Kerana yang memberi ujian itu Allah dan
hanya Dia juga tempat penyelesaiannya.
Ibu sayang Khalish dari pertama kali benih Khalish Allah tanamkan dalam rahim ibu.
I love you






1 comment:
Ibu titipkan gambar-gambar Khalish di sini untuk tatapan Khalish di masa depan.
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.