بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Tuesday, 8 October 2019

Menunggu waktu bersalin putera keduaku



                                                   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم                                                   

Assalamualaikum
Hari ni mahu saja ku kongsikan rasa di saat akhir menunggu untuk melahirkan cahaya mataku yang kedua. InsyaAllah akan diberi nama Yusuf. Kandunganku hari ni telah menjangkau 37 minggu.
Depend pada sesetengah orang. Ada yang biasanya sudah bersalin dan ada yang belum. 
Mengikut pengalaman pertamaku melahirkan Khalish, anak sulungku, adalah ketika 40 minggu. Betul-betul lahir pada hari due. :)

Kali ni tidakku tahu bila akan melahirkan putera keduaku.
Itu yang menyebabkan rasa takut, risau dan gementar. Kadangkala terjaga malam tak dapat nak ku tutupkan semula mata. Takut. Tapi Allah tetap ada membantu. Itu yang selalu ku ingat.
Orang kata lain anak lain cara kita melahirkan mereka. Cuma ku doakan moga Allah permudahkan semuanya.

Dulu waktu anak sulungku, masalah yang ku hadapi adalah hb rendah. Kali ni pun sama.
Hb masih lagi rendah. Below 11. Kadang 9 kadang 10 kadang 9 semula. Up and down bacaan .
Doktor kata kebiasaan orang anemia akan mengalami tumpah darah waktu bersalin. Tapi ku yakin Allah boleh ubah semuanya. Itu adalah dengan kehendak Allah. Semoga tidak lagi terjadi padaku
di kelahiran kedua puteraku. InsyaAllah.

8 October 2019 (Selasa)
Ku ke HKL bersama suami. Minggu sebelumnya doktor dari klinik kuchai ada memberitahuku yang kedudukan kepala bayi masih tidak lurus ke bawah. Maknanya sedikit senget. Jadi ku kena refer ke HKL. Katanya HKL ada pakar yang boleh pusingkan kedudukan bayi dalam kandungan. 
Tapi waktu ku ke HKL, pakar ada scan bayi dan mereka memberitahuku, bayi sudah ke kedudukan yang betul. Cuma kepalanya belum lagi masuk ke tempat sepatutnya.
Kedudukan memang dah lurus ke bawah. Alhamdulillah. Syukur tidak terhingga.

Semoga baby Yusuf tidak pusing-pusing lagi ye...
InsyaAllah berbaki 3 minggu lagi untukku melahirkan zuriatku. 
Penuh pengharapan yang ku letakkan untuk melihat putera keduaku lahir dengan sihat.
Amin. InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...