Waktu ni ibu nak hantar abang long dan adik ke rumah umi. Pagi Khamis (14 Oct 2021). Abang long exercise dan adik ikut serta. Sihat betul anak ibu waktu kecil. Adik pula slim. Hikhik. Tak apa..yang penting kedua-dua anak ibu sihat sentiasa. Aaminn. InsyaAllah. Abang long marah kalau ada yang cakap abang long themokk..;) Abang long cakap "Jangan cakap macam tu, nanti Allah marah." Tapi kadangkala kalau abang long tak nak makan nasi, abang long akan cakap, "Im so full ibu. Tengok ni. Perut abang Long dah macam perut Uncle". Hahaha. Adik kalau bab nak suruh makan nasi memang susah sikit. Adik suka cake. Chocolate cake dan buah. Adik sangat suka buah. Buah apapun makan. Kecuali durian. Ibu pernah suap dan adik nak termuntah. Abang long pula semua buah tak suka. Ibu pernah juga suap, abang long terus muntah. Hahaha.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.