Siapa
yang tidak pernah bercinta???
Pentingkah
bercinta dalam kehidupan kita? Berdosakah kita apabila kita mula bercinta?
Adakah kita pasti cinta itu bakal kekal sehingga ke penghujung hayat kita?
Wahhhh,
banyak pula soalan yang saya tanya kali ni. Kata orang cinta itu fitrah. Rasa
cinta itu bukan kita yang pinta. Ia datang terus dari hati. Cinta itu
sebenarnya tidaklah salah. Asalkan elok mengikut syariat islam yakni mengikut
syarat-syarat islam.
Namun
walaupun kita menyintai manusia, cuba tanamkan dalam hati, bahawa Allah adalah
cinta kita yang pertama. Jika kita jadikan Allah kekasih kita yang paling
utama, insyaAllah cinta yang akan datang adalah yang terbaik. Sebabnya Allah
telah menjaga jodoh kita di dunia.
Tapi
apa salahnya kita bercinta setelah kita di alam perkahwinan. Mula-mulanya kita
kenal-kenal sahaja hati budi si dia. Bila kita rasa dia ok, lepas tu si dia
pula beri kita petanda yang dia menyukai kita, apa salahnya si dia masuk
memetik bunga di taman mengikut cara islam. Lepas tu barulah mulakan
skill-skill percintaan yang kita miliki. Hurmmm, saya rasa ia lebih romantis…hehehe…
Namun,
kita harus juga sentiasa berdoa, moga jodoh yang bakal menghiasi hari-hari kita
adalah baik disisi Allah. Panjatkan harapan padaNya agar diberi jodoh yang
baik. Soleh dan solehah. Jika benihnya baik, insyaAllah hasilnya juga baik.
Namun untuk mencari insan yang baik, kita sendiri dahulu yang perlu berusaha
menjadi baik. Kerana janji Allah itu benar. “wanita yang baik untuk lelaki yang
baik. Lelaki yang baik untuk lelaki yang baik.”
Saya
juga sebenarnya tidak sempurna. Tapi, apa salahnya kita sama-sama
ingat-mengingati. Bukan untuk insan lain sahaja, tetapi untuk peringatan diri
saya sendiri yang daif ilmu Allah. Semoga kita semua dibawah rahmat dan kasih
sayangNya. Amin…

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.