TAUBAT NASUHA
Sebagai manusia, kita tidak lepas dalam melakukan
dosa. Sedangkan nabi Adam sendiri, manusia yang disayangi Allah juga pernah
melakukan kesilapan. Inikan pula kita, manusia akhir zaman yang terlalu rapuh
imannya. Mudah untuk diperdaya oleh syaitan yang direjam Allah. Namun kerana
sifat Allah yang maha penyayang dan maha pengampun, Dia akan ampunkan dosa-dosa
hambanya walaupun dosa hamba-hambanya itu sebanyak pepasir di lautan.
Maha suci Allah…
Sekiranya kita sudah sedar daripada kesilapan yang
pernah kita lakukan, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat yakni bertekad di
dalam hati untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Tapi bagaimana pula jika
suatu hari kita melakukan kesalahan yang sama???
Bertaubatlah kembali buat kali kedua. Allah maha
mengetahui hati hamba-hambanya yang benar-benar memohon keampunan dariNya.
Allah menyukai hamba-hambaNya yang terus bertaubat setelah melakukan kesilapan.
Jangan menghukum kesalahan orang lain, sebaliknya analisis diri kita, analisis
kesilapan kita, analisis perbuatan kita. Dan hijrahlah daripada keburukan
menjadi kebaikan.
Tidak perlulah kita berlagak menjadi manusia yang
hebat kerana melanggar arahan Tuhan. Kerana hidup kita tidak lama. Sekelip mata
sahaja nyawa boleh terpisah dari jasad dengan kemahuan Allah.
jika kita
sentiasa menganalisis kelemahan dan kesalahan diri, serta cuba merubah segala
keburukan, insyaAllah hidup kita akan aman. Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat
juga.
Sama-sama mengingati antara manusia. Saya juga manusia yang hina, banyak
kelemahan dan kesalahan yang pernah saya lakukan…
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.