maafkan daku,
kerana ku tahu Allah menyintai orang-orang yang sentiasa memohon maaf
walaupun aku tidak sebaik itu.
maafkan daku,
kerana ku tahu Allah menyukai hati-hati yang sentiasa tunduk merendah minta kemaafan
walaupun aku tidak sebaik itu.
maafkan daku,
kerana ku tahu, hanya itu yang ku mampu, kerana kekuatanku ada di situ
walaupun aku tidak sebaik itu.
maafkan daku,
walaupun aku tidaklah sebaik itu,
namun aku cuba menyempurnakan isi yang tersirat
yang tersembunyi di timbunan firasat.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.