Kenapa kenangan itu semakin hari semakin meninggalkan kita.
semakin hari semakin menjauhi.
semakin hari semakin berlalu pergi.
namun siapa kata menjauh itu tiada kesannya di dalam hati.
Malah sebenarnya ia semakin kukuh menggamit diri.
segar sehingga mati.
KENANGAN
yang jauh semakin meninggalkan hari,
namun kenangan lain dilakar sebagai pengganti.
itu fitrah hakiki.
mustahil tiada insan yang tidak pernah mengenal kenangan.
kerana kenangan itu membesar menjadi badi
terus menjadi sahabat sejati.
KENANGAN
walaupun sebesar zarah sekalipun ia tetap dipanggil kenangan
baik mengguris hati dan perasaan.
baik membawa bahagia dan kegembiraan.
kenangan itu mengajar kanak-kanak menjadi dewasa
mengajar dewasa menjadi matang.
terima kasih buat insan-insan yang pernah hadir dalam diari hidup ini
kerana kenangan itu telah membukukan satu cerita yang tiada penghujung.
:)
Ikhlas: kelip-kelip

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.