Tak hendak ditelan terasa mahu,
ditelan pula sakit sampai hempedu.
Begitulah kehidupan kita sehari-hari, banyak cabaran dan dugaan
kerana hidup ini tiada kesempurnaan. Kalau hidup ini sempurna, tiadalah orang yang menangis.
Tiadalah air mata yang mengenal pipi.
Kesempurnaan itu mustahil bagi kita manusia. Namun atasi segala masalah dan cabaran
dengan cara kesempurnaan. Melatah itu buruk hasilnya.
Tenangkan hati, lapangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam
fikir secara rasional tanpa ada campur tangan syaitan
yang sentiasa menghasut.
Berbalik pada Allah.
Cari Allah kerana jawapan bagi segala persoalan ada padaNya.
Hanya pada Allah akan kita temui ketenangan dan kelapangan hati.
Nak menangis, menangislah. Itu tanda kita manusia. Tidak sekuat mana.
Percaya pada qada qadar Allah, pasti tiada seorangpun yang sanggup mengeluh.
Bawa hati dan serah pada Allah.
Disitu punya ketenangan.
yang mencipta lebih mengetahui, lebih memahami.
"pray for the beautiful world"
Ikhlas: Haslinda

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.