Aku tidak sendirian,
dalam nafasku ada Tuhan
dalam dagingku ada Tuhan
dalam liang uratku ada Tuhan
Tuhan ada di mana-mana selagi kita
masih sedar bahawa kita berTuhan.
Nadi ini dari siapa sebenarnya.
Tiada lain selain dari Tuhan.
jadi aku tidak sendirian
kita tidak sendirian.
mengapa hendak
bersedih?
Bila sedih kita cari Tuhan
bila gembira jangan pula Tuhan dilupakan
Selagi Tuhan kita letak dalam ingatan
kita tidak sendirian.
Ikhlas: Kelip-kelip

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.