"ALL THE THINGS ARE DIFFICULT BEFORE THEY ARE EASY"
Siapa kata hidup kita mudah?
hidup ini tidak mudah dan tidak sesenang apa yang dipaparkan dalam drama.
Hidup ini ada aturan,
aturan yang telah ditentukan Allah. Sama ada mudah atau sukar.
Siapa kita untuk menyalahkan takdir,
kita ini hamba. Sememangnya akan diuji. :)
Kalau kita kata susah nak lalui ujian, jawapan saya "memangpun"
memang tidak senang.
even dulu kita nak makan nasipun susah. Makanan banyak yang tertumpah
kerana kita tidak pandai menyuapkan ke mulut.
berjalan?
itupun banyak kali kita jatuh sebelum kita pandai berlari
sekarang sudah pandai sepak bolapun..
Nampak ujian itu Allah sudah beri sejak kita kecil lagi.
Cuma kita tidak ingat sebab kita masih budak-budak.
kerana apa Allah hadirkan ujian ketika kita masih kecil?
sebab Allah hendak kebalkan hati kita. Allah hendak gagahkan hati kita
supaya bila kita dewasa, kita sudah terbiasa dengan ujian.
Baikkan Allah..:)
so take it easy.
Truly: Owner
Kelip-kelip
18/4/16: 3.05pm

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.