Menjaga pemakanan kita adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan
tubuh badan selain menjaga organ utama yang paling penting iaitu otak.
Allah berfirman dalam Al-Quran,
"Wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal)
yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul
kamu hanya beribadat kepadaNya." (Al-Baqarah:172)
Rasulullah (s.a.w) juga bersabda, "sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab
untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu."
-- Hadis riwayat Bukhari
Antara makanan sunnah termasuklah:
1) Madu
2) Kurma
3) Buah Tin
4) Minyak zaitun
5) Habatus sauda
6) Susu kambing

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.