بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 28 September 2017

Sifat Rasulullah (s.a.w)


Pada diri Rasulullah (s.a.w) terdapat teladan yang patutnya kita ikuti.
Baik kita ingin menjadi hamba Allah yang soleh/solehah, suami yang soleh,
ketua yang baik dan adil, jiran yang bertanggungjawab, bahkan menjadi 
pentadbir negara yang cemerlang dan terbilang.
Ikutilah sifat baginda  Kerana untuk menjadi insan berjaya dunia akhirat, bagindalah rujukannya.

Antara sifat Rasulullah adalah:

1) Siddiq

Siddiq bermakna JUJUR. Kita sepatutnya memiliki sifat jujur dalam
setiap perbuatan dan ucapannya. Jangan menjadi orang-orang yang gemar menipu
dalam ucapan dan tidak jujur dalam perbuatan.

2) Amanah

Amanah bermakna DIPERCAYAI. Rasulullah (s.a.w) adalah orang yang sangat dipercayai oleh
para keluarga dan sahabat baginda baik zahir mahupun batin. 

3) Tabligh

Tabligh membawa erti MENYAMPAIKAN. Rasulullah meruapakan kekasih Allah yang sentiasa
berjuang dalam menyampaikan wahyu dan risalah Allah (S.W.T). Baginda berjuang habis-habisan
menyampaikan hukum-hukum Allah yang patut manusia ikuti. Rasulullah (s.a.w) juga 
berpesan kepada kita untuk menyampaikan apa sahaja yang telah baginda sampaikan
kepada insan lain.

4) Fathonah

Fathonah bermaksud CERDAS. Dalam menyampaikan risalah Allah, perlu ada kepada setiap individu itu kemampuan, diplomasi dan strategi khusus agar risalah Allah akan diterima
baik oleh manusia. Rasulullah (s.a.w) memiliki kepintaran dalam berhujah memberitahu wahyu serta
bijak dalam menepis hujah orang yang sering membangkang agama. Kepintaran inilah yang telah
mengembangkan islam ke serata dunia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...