(Selasa: 10.11 am)
Assalamualaikum anak ibu. Khalish macam mana hari ni? Sihat?
Ibu doakan Khalish sentiasa berada dalam keimanan dalam mengharungi hidup seharian.
Sekiranya anak ibu punya masalah, berceritalah kepada Abi atau orang yang dekat dengan Khalish.
Jangan memendam rasa dan rahsia. Kongsilah cerita agar Khalish merasa sedikit tenang.
Solat Khalish kena jaga ye sayang. Solat akan menguatkan diri seseorang selain
Allah akan mengawasi orang-orang yang jaga solat mereka.
Macammana dengan kewangan Khalish? Khalish jangan berkeluh-kesah dan jangan risau.
Allah sudah sediakan rezeki untuk hambaNya yang soleh.
Yang penting Khalish teruskan usaha dan jangan berputus-asa.
Bersedekahlah sayang kerana sedekah akan membuka pintu rezeki anak ibu.
Seandainya Khalish sudah punya keluarga waktu ini, bermakna Khalish memegang amanah yang cukup besar. Yakni untuk membimbing dan membentuk keluarga anak ibu ke jalan Allah yang diredhai. Berilah nasihat yang baik untuk isteri dan anak-anak Khalish.
Jangan terlalu bertegas risau patah dan jangan terlalu menurut takut makin membengkok.
Nasihatlah dengan kasih-sayang dan teruskan menegur sekiranya ada salah yang mereka buat.
Cuma ingat anak ibu ye, nasihat dengan kasih-sayang. Kadangkala perlukan juga ketegasan
sekiranya mereka terus-terusan berbuat salah.
IBU SAYANGKAN KHALISH
Ibu tinggalkan warkah ini sebagai peringatan dan kenangan untuk anak ibu.
Seandainya ibu tiada lagi, semoga warkah ini mampu jadi sebahagian penguat Khalish
dan semoga dapat mengubat rindu Khalish pada ibu.
Salam sayang dari ibu untuk anak ibu.
Semoga Khalish menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.