Untuk anak-anak ibu
Khalish dan Yusuf...
Jika hari ini ibu ada memarahi kalian atas perilaku kalian,
itu tandanya ibu sayangkan kalian.
Jika hari ini mulut ibu melantunkan nasihat,
itu petanda sayang ibu untuk kalian tidak terkira.
Jika hari ini ibu terlepas tangan ke mana-mana bahagian tubuh kalian,
ibu minta maaf. Sungguh tidak ibu terniat begitu
melainkan mahu anak-anak ibu menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat.
dan hari ini juga
ingin ibu nyatakan bahawa kalianlah harta yang paling berharga yang pernah ibu miliki.
kerna itu sayang ibu tiada terkira.
kerna itu ibu mahukan kalian kecapi hidup yang diredhai Allah.
Ibu sayangkan Khalish dan Yusuf

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.