Bagaimana baik sekalipun aku terhadapmu,
Kau tak nampak.
Bagaimana ikhlasnya aku terhadapmu,
Kau tak tahu.
Bagaimana bagus sekalipun aku terhadapmu,
Kau takkan peduli.
Kerana kau manusia. Penuh dengan ketidakpuasan hati.
Tapi hari ini,
Aku tunjukkan kepadamu
Bahawa aku juga manusia.
Puas sudah aku menjaga perasaanmu
sehingga aku tak perasan, aku juga punya rasa.
Nyah kau dari hidupku.
Jangan tersisa sedikitpun!

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.