بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 18 August 2021

Covid-19 Pandemik

 


Assalamualaikum suamiku dan anak-anak ibu Khalish dan Yusuf, hari ni ibu nak coretkan pengalaman kita semua positif wabak covid. Kalau hari-hari sebelumnya, kita hanya mendengar bilangan individu yang dijangkiti covid meningkat hari demi hari. Kadangkala bilangan ini turun sedikit, kemudia naik mencanak. Tapi kali ini kita sekeluarga di uji. 

Punca kita dijangkiti ibu tidak pasti di mana, tapi hari sebelum abi beritahu bahawa abi positive, ibu ada bawa kalian ke taman. Beberapa kali ibu melarang kalian pergi, tapi kalian masih kecil. Anak-anak ibu nak pergi juga. Tak apa sayang. Mungkin ini asbab kita diuji atau sebaliknya, wallahualam. Ibu dan abi terima dengan redha dan berlapang dada. 

Abi, Khalish dan Yusuf semua demam. Ibu Allah uji dengan batuk sahaja. Tapi alhamdulillah semuanya demam yang tidak teruk. Cuma abi hilang deria rasa. Seminggu juga kita quarantin di rumah. Abang long ada 3 kali berdarah hidung. Abi cakap mungkin berpunca dari abang long bergerak-gerak masa swab test. Terkejut ibu tengok hidung abang long berdarah sebab abang long tak pernah macam tu. Anak-anak ibu bang long dan adik semua kuat. 

Alhamdulillah lebih kurang 11 hari kita fight for covid, Allah sembuhkan kita sekeluarga. Walaupun ini salah satu wabak yang teruk melanda dunia, tapi bagi ibu bila Allah uji kita dengan wabak ini, Allah nak ajar kita sesuatu. Allah nak beri pengajaran buat kita selain pengampunanNya. Ibu bersyukur sebab waktu kita sedang susah, Allah hantar jiran yang baik2. Mereka sering hantar makanan buat kita. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka pada kita.

Ibu doakan kita semua dijauhkan dari wabak ini. Sekalipun kita dijangkiti, terus kuat untuk melawan, doa, usaha cari penawar, dan tawakkal pada Allah...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...