بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 19 August 2021

Sambut Birthday ibu (31 Tahun)

 


Alhamdulillah , genap sudah umur ibu 31 tahun. Masa pantas berlalu, terasa baru semalam 18 tahun. Hikhik. Hari ni abi buat surprise lagi. Abi kalau birthday ibu, sebelum pergi kerja dia akan buat ibu marah dulu and then abi pergi kerja. Lepas tu balik bawak kek la. Masa ni ibu work from home. Kalau sebelum ni ibu kerja, bila balik rumah tengok rumah gelap. Bukak lampu tup2 ada belon kek bagai semua. Terima kasih abi untuk kejutan ni.

Cuma kali ni sambutan lain sikit. Sebab abi dah balik lewat kerja. Jadi abi tiup belon, birthday girl yg kena tampal sendiri. Hahaha. Opsss, bukan ibu sorang je tau, assistants ibu dua hero pun turut meriahkan suasana. Dengan suara adik yang lantang, suara abang longpun sama level. Sebab berebut belon. Birthday ibu kali ni bukan ibu je dapat hadiah selipar tidur, tapi abang long dapat car track dan adik dapat bunny the rabbit. Comel je semua dapat hadiah.

Abi cakap sambutan kali ni agak peningkan kepala abi. Hahaha. Biasa la abi dah ada dua hero. Memang akan jadi lain sambutan. Semua meninggalkan kenangan yang mendalam dalam memori hidup ibu. Terima kasih kerana sentiasa bersama ibu susah dan senang. Ibu minta maaf dengan abi atas semua dosa dan kesalahan ibu. Ibu juga minta maaf pada anak-anak soleh ibu atas semua kekurangan ibu waktu membesarkan kalian. 

Ibu sayang abi, khalish dan yusuf.





Adik suka makan kek. Abang long dah tak berapa sangat. Dulu waktu kecil abang long sama juga macam adik. Sukakan kek. 



Bila abi ambik gambar...


kek abangpun adik yang habiskan. Hikhik















    Manisnya...anak siapa ni? ;)























































No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...