Adamku...
amat kabur untukku tahu siapakah sebenarnya engkau buatku
penghibur dukaku
pengubat laraku...
sukarnya untuk ku membuka rahsia Tuhan buatku..yang ditiupnya padaku ketika tapak kakiku masih berada di genggaman ibu...
Namun ku tahu rusukmu bersamaku, nilainya diberi Tuhan buatku...
Allah tidak memberitahu keberadaanmu...namun ku tahu, kau sedang melangkah kearahku
aku yakin suatu hari kau akan berada di depanku
mengangkatku menjadi suri hidupmu, melindungiku dengan kudratmu
menyayangiku kerana Allah
mencintaiku kerana Allah
membahagiakanku kerana Allah
kerana kebahagian yang kutunggu bukan sahaja di dunia, biarlah ia berkekalan hingga ke syurga...
Ya Allah tunjukkanku siapa Adamku...
redhalah dia menghiasi duniaku..Amin...
3 comments:
=)
besttttttt..
thanks ma..sudi2 lawat lg ye..hihi
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.