Assalamualaikum buat semua sahabat blogku.
Pejam celik pejam celik, kita telahpun melangkah setapak lagi tahun yang penuh dengan cabaran yang mendatang. Sudahkah hati bersedia menempuh dugaan dan cabaran 2012?
Kadangkala terfikir kesukaran dan kelemahan diri pada tahun lepas. Hajat di hati, semoga tahun ini sy sendiri menjadi insan yang lebih berkualiti. Untuk menjadi insan berkualiti pula amat memerlukan jati diri yang teguh. Sebagai hamba Allah, jangan lupa untuk memohon kekuatan daripadaNya kerana apa yang akan berlaku sama ada baik atau buruk adalah dengan kehendakNya juga. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah..Ameen..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.